Projek Khas, Model Dikehendaki.

Posted February 27th, 2010. Filed under Films And Photography

Salam semua.

Pertamanya ingin aku maklumkan bahawa aku bukan dikalangan mereka yang digelar profesional dalam bidang fotografi. Aku tidak pernah bergerak aktif walaupun kadang kala aku juga mengambil upah sebagai jurugambar perkahwinan. Sekadar outing sekali sekala dan table talk dengan rakan-rakan sealiran tu adalah…

Aku juga sekiranya ada masa terluang menyiapkan custom album untuk kawan-kawan yang bergelar jurugambar walaupun aku tak pernah pun belajar Adobe Photoshop dan Lightroom secara formal. Walaupun begitu alhamdulillah minat aku terhadap seni fotografi sebagai hobi semakin tersemai dan tumbuh dengan konsisten sesuai dengan pembahagian masa aku dengan kerja hakiki.

Contoh model yang bergaya. Bakat yang terpendam jangan lagi disimpan

Berbalik kepada tajuk asal entri ini, aku dan rakan-rakan ingin mencari sesiapa yang sudi menjadi model wanita untuk projek terbaru kami nanti.  Bukan dari kalangan model yang dah biasa muncul di kaca tv atau mana-mana billboard, cuma wajah baru di kalangan kamu semua yang mempunya ciri-ciri wanita melayu. Antara syarat-syarat mudahnya:

Read the rest of this entry »

Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara

Posted February 22nd, 2010. Filed under Politics And Socials

Sebentar tadi sempat aku layan dvd filem Invictus lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ni arahan Clint Eastwood,  salah seorang pelakon senior Hollywood yang mantap lakonannya kini bergelar pengarah filem antara yang hebat Million Dollar Baby. Tapi aku bukan nak buat entri pasal film review tetapi harapan dan inspirasi aku yang dari filem ni.

Read the rest of this entry »

Kita Mampu Merancang, Allah Jua Yang Menentukan…

Posted February 19th, 2010. Filed under Off-beat

Keluarga aku dalam proses menambah ahli. Berita yang memeranjatkan seterusnya menimbulkan 1001 macam perasaan bercampur baur pada mulanya akan tetapi di akhirnya lahir perasaan penuh kesyukuran kepada yang Ilahi kerana memberi rezeki yang tak putus-putus kepada kami sekeluarga, alhamdulillah…

imej ultrasound bayi dalam kandungan 6 bulan

Read the rest of this entry »

Jangan Kau Ulangi…

Posted February 16th, 2010. Filed under Off-beat

Saudara…

Jangan kau ingat aku tidak tahu apa yang sedang kau lakukan dengan hidupmu. Kerana aku pernah berada di tempatmu dahulu. Kerana aku juga pernah merasa ‘indah’ hidup di kota.

Saudara…

Kau sangka kau sudah cukup dewasa untuk bebas melakukan apa saja. Ke sana ke mari tanpa ada sesiapa yang mampu menghalangmu. Bagimu, kenalan adalah saudara kandungmu. Yang mampu memberi bahagia dan menunjukkanmu syurga dunia.

Read the rest of this entry »

Pop Kuiz – Adakah Anda Tahu?

Posted February 14th, 2010. Filed under Off-beat

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK yang bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

Read the rest of this entry »

Page 1 of 212