Salam sejahtera.

Rasa-rasanya faham tak tajuk tu? Aku kalau boleh nak tajuk yang padat dan ringkas. Takpelah. Kalau tak faham teruskan membaca ye…

Bagi seorang blogger, kita tentunya inginkan setiap artikel kita mendapat perhatian ramai biarpun kadang-kadang tak bagus sangat. Tapi kita hanya penulis, biarkan keputusan terletak pada pembaca untuk menilai artikel mana yang bagus dan mana yang sebaliknya. Kalau bagus, bagaimana kita hendak pastikan artikel kita itu terus mendapat perhatian ramai? Dalam hal ini lebih baik juga kita serahkan kepada pembaca untuk melakukannya.

socialize button screenshot

Selalunya blogger yang menggunakan WordPress berbayar memasang plugin khusus untuk tujuan itu. Banyak plugin yang baik dan sesuai untuk digunakan seperti Sociable, AddToAny dan ShareThis. Tetapi penggunaan plugin yang banyak akan menjejaskan prestasi blog kita secara keseluruhan dan masa untuk loading juga akan bertambah. Bagaimana jalan penyelesaiannya?

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera

Cukuplah beberapa artikel yang serius sebelum ini. Aku pun dah naik cuak bila teringat kemungkinan-kemungkinannya.. huhu.. Terus kepada topik kali ini tentang bagaimana  untuk menggunakan halaman 404 sebaik mungkin. Tapi sebelum itu…

404 error page

Berapa ramai blogger-blogger di Malaysia yang tidak tahu apa itu kod 404? Kalau ada angkat tangan hehe.. Sila rujuk artikel dari Smashing Magazine untuk maklumat lanjut.

Tahukah bahawa halaman 404 juga memainkan peranan penting dalam teknik SEO? Tak tahu sila rujuk Wiki tentang SEO.

Read the rest of this entry »

Tergelak bila aku baca Harian Metro pagi tadi. Di celah-celah lambakan iklan kebanyakan berstatus sampah, berita sensasi dan cerita basi aku perasan satu ruangan kecil bertajuk Brunei lebih takut laknat Allah seperti yang aku salin dan tampal di bawah:

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP

Mari layan beberapa persoalan ringkas berkaitan… aku sendiri pun tak pernah sampai ke Brunei jadi aku tak tahu hehe

Read the rest of this entry »

Perubahan Diri Meniti Usia Kehidupan

Posted March 23rd, 2010. Filed under Off-beat

Salam sejahtera semua pembaca yang budiman…

Aku kisahkan ini, bukan berniat untuk membuka pekung di dada atau bermegah-megah dengan diri sendiri yang ‘tercemar’ cuma sebagai iktibar dan panduan pada insan-insan yang masih punya keinginan untuk kembali ke jalan yang sebetul-betulnya.

Pendahuluannya…

jangan diulangi kesilapan serupa...Penuh satu minggu yang lepas aku bercuti di kampung nun di utara semenanjung Malaysia. Bukan berkenaan cuaca yang panas melampau-lampau di sana yang ingin aku ceritakan. Tetapi berkenaan perubahan ketara kita sebagai manusia biasa dek kerana masa yang berlalu bersama-sama dengan usia yang semakin meningkat. Biar aku ceritakan sedikit supaya korang dapat faham apa yang aku cuba maksudkan…

Read the rest of this entry »

Pixel Trigger homepage collage screenshot

Aku ambil kesempatan untuk mempromosikan lamanweb Pixel Trigger Dot Com di sini. Setelah beberapa minggu, sedikit demi sedikit aku melakukan pengubahsuaian drastik terhadap tema dan fungsi laman ini, aku persembahkan kat korang.

Read the rest of this entry »

Page 1 of 212