Assalamualaikum…
Aku tau ramai yang dah start raya mula balik kampung. Aku je yang masih terkontang-kanting kat KL ni. Azziey masih kat PPUM, tekanan darah tinggi masih belum normal seperti sediakala. Mungkin malam raya baru boleh gerak balik kampung, silap-silap beraya kat KL je tahun ni huhu..
Nak buat entri khas sempena raya, kad ucapan online belum siap lagi. Belum ada idea nak buat macam kad ucapan mula puasa dulu. Kali ni cukuplah entri ni sebagai memaklumkan bahawa tema-tema WordPress yang pernah aku buat dulu telah aku alihkan ke tempat baru macam yang aku uar-uarkan sebelum ni.
Dalam pada itu, aku juga sedang membangunkan 2 lagi tema iaitu Less dan Pegun. Nama pelik jangan tanya ye haha. Pegun masih dalam peringkat akar umbi awal jadi belum ada link untuk live preview (lihat screenshot di bawah) tapi kalau nak tengok macam mana hasil Less boleh ke sini.
Read the rest of this entry »


