Street Fighters – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Assalamualaikum.
Bila berbual tentang Street Fighters apa yang terbayang di fikiran korang? Sejenis permainan video yang paling digemari terutama di era 80an dan 90an. Kalau tahu apa itu Street Fighters mesti korang kenal watak-watak popular dalam permainan tersebut seperti Ryu, Ken, Guile, M. Bison, Chun-Li dan lain-lain.
Memang Tak Makan Saman
Asalamualaikum.
Entri pendek.
Aku tengah demam tahap kritikal. Dapat MC 2 hari petang tadi bila jumpa doktor. Suhu badan paling tinggi mencecah 39.8°C tapi brmain-main sekitar 38°C hingga 39.1°C ketika ini. Lusa kalau tak kebah juga demam, doktor suruh buat ujian darah. Ada kes denggi kat kawasan aku baru-baru ni. Jangan la aku pun terkena
Memang tak makan saman. Demam pun nak keluar entri baru. Berbanyak terima kasih buat Aziey, isteri tersayang yang tahan kerenah. Aku jarang sekali demam. Tapi sekali demam memang teruk dan perangai pun boleh tahan manja.
Adios.
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Siapa dalam dunia ni tak bercinta? Bukan cinta monyet sebab kalau cinta monyet, budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta.
Cinta yang aku maksudkan ialah cinta yang memerlukan komitmen yang tinggi dari sang pencinta. Cinta yang memerlukan pengorbanan diri dari pelbagai sudut. Cinta yang belum pasti memberi pulangan yang membahagiakan. Sudah dapat agak cinta yang mana?
Apa pasal aku bercerita tentang cinta pula kali ni?
Cinta adalah salah satu kemestian dalam hidup. Ya, aku pernah bercinta. Aku pernah mengharapkan cinta. Pernah mencintai tanpa balasan dan pernah bercinta dalam halangan. Rasanya tak perlu aku dedahkan satu persatu kisah-kisah di sebaliknya. Imaginasi mungkin diperlukan. Read the rest of this entry »
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita terkantoinya (terkejut ke?) sindiket pengedaran serbuk pencuci pakaian berjenama terkenal tiruan di Gombak baru baru ni.
Sebelum tu sebuah kilang rokok di Kampung Baru, Sungai Buloh juga di serbu kerana mengilang rokok tiruan jenis Half-Time 5 dan League secara haram.
Minggu lepas aku dapat satu emel berkenaan satu lagi jenis produk yang dipalsukan. Walaupun dipercayai kes ini sudah lama tersebar, percaya atau tidak, telur ayam pun boleh dipalsukan. Mari kita tengok gambar-gambar proses tersebut. Read the rest of this entry »
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?
Salam sejahtera.
Ada beberapa masalah dalam dua bulan kebelakangan ini berkaitan RSS feed (suapan) Zaryl Dot Com. Feedburner sudah beberapa kali gagal menyempurnakan feed kerana jumlah saiz feed melebihi 512K.
Aku juga adalah pengguna perkhidmatan CommentLuv sebagai salah satu cara untuk mempromosikan artikel di blog ini bila aku memberi komen di blog yang lain. Malangnya bila RSS feed aku melebihi hadnya, CommentLuv yang turut menggunakan suapan tersebut bagi menjana artikel terkini akan juga gagal berfungsi. Read the rest of this entry »

The Expendables, Filem Aksi Dibarisi Pelakon-pelakon Hebat Hollywood
Azurea – Aplikasi Twitter Percuma Untuk Windows Mobile
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Naik 5 Sen Bermula 16 Julai 2010?
Kisah Malang Seorang Saudara Dan Dilema Menjadi Penjamin Pinjaman Bank
Konsert Slash Di Kuala Lumpur, Dapatkan Tiket Sekarang!
Facebook Bocorkan Maklumat Pengguna?