17

Tergelak bila aku baca Harian Metro pagi tadi. Di celah-celah lambakan iklan kebanyakan berstatus sampah, berita sensasi dan cerita basi aku perasan satu ruangan kecil bertajuk Brunei lebih takut laknat Allah seperti yang aku salin dan tampal di bawah:

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP

Mari layan beberapa persoalan ringkas berkaitan… aku sendiri pun tak pernah sampai ke Brunei jadi aku tak tahu hehe

Soalan: Berapa banyak premis di Brunei yang mempunyai permit atau lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Tiada (jika berpandukan kenyataan di atas)

Soalan: Jika di Brunei tidak dibenarkan menjual arak dan yang sama waktu dengannya, adakah Brunei mempunyai kelab malam?

Jawapan: Tiada sejak 1990an lagi. Sila rujuk Wikipedia.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh. Bukan Islam hanya dibenarkan membawa masuk 12 tin bir dan 2 botol berkandungan spirit setiap kali masuk ke negara Brunei.

Don't drink and drive? Should not drink at all...

Mari layan pulak beberapa persoalan ringkas berkenaan Malaysia…

Soalan: Berapa banyak premis di Malaysia mempunyai lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Berlambak di merata tempat. Kedai runcit di pun ada yang menjualnya. Budak-budak kampung pun ada selamba beli takde hal punnn..

Soalan: Adakah Malaysia mempunyai kelab-kelab malam?

Jawapan: Nak kira tak cukup jari tangan dan kaki jadi agak-agak je… Yang terkenal pun banyak yang hidup segan mati tak mahu pun bercambah di celah-celah rumah kedai.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh sangat. Nak minum apa pun minum je la. Nak mandi arak pun mandilahh.. Jangan kata pelancong, orang tempatan beragama Islam sendiri pun ramai yang togok benda tu, bukan Kartika Sari Dewi seorang je… Nak bukti?

Kerana satu je sebab banyak perkara buruk akan terjadi. Bukan setakat minuman keras je tapi semua perkara di dunia ini bersangkutan antara satu sama lain sama ada yang buruk atau yang memberi kebaikan. Itu sebab Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul seperti dalam petikan akhbar di atas.

Kalau yang bukan Islam di Malaysia nak enjoy, nak pening-pening sila la Thailand atau Singapura yang mana dekat. Tak perlu di Malaysia. Kenapa? tak berkemampuan? Tak ada duit jangan minum. Kan senang?

Kat Malaysia ni yang paling teruk aku nampak penguatkuasaan undang-undang. Biar di bahagian atau agensi mana yang terlibat pun penguatkuasaan di tahap lemah. Kalau sekolah mesti dah kena tanda pen merah la senang cerita. Pasal hukum agama ke, pasal undang-undang jalan raya ke, pasal pendatang asing ke pasal penyeludupan ke… semuanya lemah. Bukan aku maksudkan takde langsung tapi lemah.

Kat Kuala Lumpur tu jalan je kat lorong-lorong belakang bangunan, kawasan Chow Kit ke kawasan Brickfields ke ramai pelacur, pondan dan segalanya. Jual ubat kuat ada jual sextoys pun tak terkira.

Antara jalan penyelesaian sudah di depan mata tapi masih teraba-raba cuba menanganinya. Memang rabun atau sengaja dipejamkan?

Banyak lagi aku nak mengomel ni tapi rasa segan pun ada hehe rasa ‘ter’cakap banyak pun ada.. nanti lain pulak yang jadi. Apa yang aku bebelkan ni adalah dari pendapat aku berdasarkan pemerhatian dan bahan bacaan serta pengalaman sendiri. Bukan nak cari gaduh cuma menyuarakan kebimbangan dan keperihatinan aku ececece

Kalau ada salah fakta atau nak bagi teguran atau pendapat sila komen ye. Kalau nak tambah petrol pun ok je.. haha gila!

Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

17 Responses so far

  1. Apa kaitannya Malaysia, Brunei dan minuman keras?…

    Tergelak bila aku baca Harian Metro pagi tadi. Di celah-celah lambakan iklan kebanyakan berstatus sampah, berita sensasi dan cerita basi aku perasan satu ruangan kecil bertajuk Brunei lebih takut laknat Allah…

  2. pligg.com says:

    Apa kaitan Malaysia, Brunei Dan Minuman Keras? | Zaryl Dot Com…

    Tergelak bila aku baca Harian Metro pagi tadi. Di celah-celah lambakan iklan kebanyakan berstatus sampah, berita sensasi dan cerita basi aku perasan satu ruangan kecil bertajuk Brunei lebih takut laknat Allah…

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by zaryl, zaryl, zaryl, zaryl, zaryl and others. zaryl said: Wooo! Apa kaitannya #Malaysia, #Brunei Dan #Minuman Keras? http://goo.gl/fb/tJBy #mystories #agama #agensi [...]

  4. menteil menteil.net says:

    yup.. itu yang aku bangga dengan Brunei..

    kenapa Malaysia tak nak buat ek?
    kitakan 1Malaysia.. banyak bangsa dan agama..
    dan itulah yang disarankan..
    hidup 1Malaysia!

    *haha…. ingat aku suka ke?
    menteil´s last blog ..Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi My ComLuv Profile

  5. x-po mohdhafizuddin.com says:

    kalau wat cam brunei, adakah org bukan islam di negara ni leh trima keputusan cmtu ek? kang tak pasal2 berlaku rusuhan kaum lg kang
    x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? My ComLuv Profile

    • zaryl says:

      kita negara Islam kan? at least itu yg digembar gemburkan pemimpin kita sendiri.

      bila dh mcm tu kita laksanakan undang-undang Islam yg sebenar. kenapa mesti bimbangkan apa org lain fikirkan?

      kita bukan menghalau mereka tapi menjalankan tanggungjawab kita sbg pengganut agama Islam. mereka suka mereka ikut, kalau tak suka sendiri cari jalan la.

      semua perkara ada peraturan sendiri. contohnya sekolah. ada peraturan untuk pelajar ikut. peraturan dibuat utk kebaikan semua tak kira bangsa atau agama. jadi semua pelajar kena ikut.

      Semudah itu jika betul mahukannya. hendak seribu jalan kalau tak mahu seribu jugak dalihnya.
      zaryl´s last blog ..Windows 7 Home Premium, Akhirnya Yang Tulen… My ComLuv Profile

  6. MC cursedstory.blogspot.com says:

    hoho…bahaye tu beb…
    ak bukan suka bau arak2 ni…bau busuk dan orang yg minum tuh 10kali lebih busuk
    MC´s last blog ..Obama Twitter Hacked! Also Featuring Gengblogger! My ComLuv Profile

  7. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by zariel: Zaryl Dot Com Apa kaitannya Malaysia, Brunei Dan Minuman Keras? http://is.gd/aWE3U...

  8. Loq cilipedas.com says:

    Gahhhh! Aku dah pernah discuss benda ni dengan classmate aku.Memang salute lah sama Brunei!
    p/s:Aku pernah pasang cita2 nak kerja di Brunei.hehe
    Loq´s last blog ..Trailer Filem Hooperz My ComLuv Profile

    • zaryl says:

      uik? mana domain ko yg dulu bro? hmmm…

      Brunei memang best. tapi ada gak aku dengar segelintir rakyat Brunei yang nakkan ‘kebebasan’ macam kita kat sini.. bagi aku sbb diorang dah terpengaruh dengan pemikiran kotor golongan kafirun.. entahlah.

  9. Nagobonar web-scents.blogspot.com says:

    Malaysia memang satu negara lawak macam ape yg joker dalam citer dark knight sewaktu mengusik si 2 face kat hopital…they are all schemers…fail and fail and fail…lawak lawak lawak

  10. [...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Arkib: Apa kaitannya Malaysia, Brunei Dan Minuman Keras? http://is.gd/botFW #zaryldotcom [...]

  11. Nash says:

    kalau pondan dari malaysia hendak ke brunei untuk melancong, boleh kah mereka di benarkan memasuki negara brunei????…

Leave a Comment





CommentLuv Enabled