Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang ke rumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan mereka, terlihat seorang bapa dengan 3 orang anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.
Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang. Ketiga anak itu berusia antara 8, 5 dan 3 tahun. Anak terkecil bagaikan seorang puteri, begitu cantik dalam dakapan si ayah sedangkan kedua anak lainnya yang lelaki sedang asyik bermain ke sana ke mari.
Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang. Para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk ke dalam bas, termasuk si ayah dan ketiga-tiga anaknya kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .
Lalu dua anak lelakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu sambil mereka berteriak gembira. Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram. Mereka merasa tidak selesa dengan keadaan itu hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya kepada si ayah,
“Encik, tolong kawal sedikit anak bermain, penumpang sudah penat bekerja, kami terasa terganggu!!”.
Lalu si ayah sambil menggendong puterinya pun menjawabnya dengan senyum,
“Maaf ya encik? Ibu mereka baru saja meninggal sebentar tadi di hospital dan saya belum memberitahu hal ini kepada mereka. Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya, biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahawa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya. Encik tidak keberatan kan, kalau mereka bermain sebentar saja?”.
Mendengar apa yang dikatakan si ayah, sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam termasuk lelaki yang baru saja bersuara dengan tegas tadi. Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka lakukan kepada ibu mereka.
Diam-diam ada diantara mereka yang mengambil telefon bimbit masing-masing lalu jari-jemari pantas menekan baris perkataan yang jarang sangat ditaip sebelum ini…
“Ibu apa khabar? Esok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu. Maafkan segala kesalahan saya, ibu”, lantas mengirimkan sms itu ke nombor ibunya dan berharap masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..
Kisah dicedok dari Facebook.

Oct 02, 2012 @ 07:47:40
Assalam..
Sedihnya baca..
Oct 02, 2012 @ 14:16:45
Oct 10, 2012 @ 10:56:05
mohon share…
mode : my tears drop =’(
Oct 10, 2012 @ 11:36:11
sebarkanlah… moga jgn ada lagi dikalangan mereka yang penuh kekesalan kemudian hari
Oct 13, 2012 @ 23:48:00
cerita yang speechless untuk komen.