Keselamatan Diri
Keselamatan diri bermaksud melindungi diri anda dalam pelbagai situasi. Secara logik anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri anda sendiri.

Gambar hiasan
Di Mesin Pengeluaran Wang
- Jangan berikan nombor pin kad anda kepada sesiapa pun.
- Jangan tulis nombor pin kad anda atau membuat kod samaran.
- Bertindak pantas dan jangan berlegar di sekitar mesin pengeluaran wang selepas setiap transaksi walaupun tiada pengeluaran wang dilakukan.
- Cuba elak dari menggunakan mesin pengeluaran wang pada waktu lewat malam atau di kawasan yang sunyi.
- Jangan mengira wang di tempat awam, simpan wang yang dikeluarkan secepat mungkin.
Keselamatan Dalam Kenderaan
- Jangan tumpangkan sesiapa melainkan orang yang dikenali dan dipercayai.
- Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan mempunyai minyak yang cukup.
- Pastikan anda thu lokasi dan keadaan tayar ganti serta tahu cara menukar tayar.
- Bawa lampu picit untuk kecemasan.
- Letak kenderaan di tempat yang cerah dan ingat jalan kembali semula ke kenderaan.
- Sekiranya ditinggalkan lama, letak kenderaan berdekatan pintu keluar di mana ada petugas.
- Dapatkan pegawai keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kenderaan pada waktu malam.
- Kunci kenderaan anda tidak kira berapa lama sekalipun anda meninggalkannya.
- Jangan tinggalkan barang berharga dalam kenderaan.
- Bersedia dengan kunci semasa hendak masuk ke kenderaan terutamanya pada waktu malam.
- Periksa tempat duduk belakang sebelum masuk ke kenderaan terutama pada waktu malam.
- Cuba mengingati dengan tepat lokasi anda. Di sekitar yang anda tidak biasa, cuba ingat dengan tepat mercu tanda dan nama tempat di sekeliling anda.
Jika Kenderaan Rosak
- Jika menghadapi masalah kenderaan dan tidak berkesempatan singgah di mana-mana stesen servis, berhenti di laluan kecemasan di sebelah kiri.
- Cuba berhentikan kenderaan anda berdekatan dengan telefon kecemasan terutama pada waktu malam.
- Tunggu di tempat yang selamat dari laluan trafik.
- Apabila menggunakan telefon kecemasan atau telefon bimbit, berikan panduan arah terdekat, nombor tanda jalan terdekat atau sebarang mercu tanda untuk memberikan lokasi tepat di mana anda berada.
- Sebelum pegawai peronda tiba, jangan terima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.
- Jangan panik.
Apabila Berjalan Kaki
- Bertindak bijak apabila berjalan atau berjoging bersendirian.
- Jangan tumpang orang yang tidak dikenali.
- Jangan berjalan atau berjoging bersendirian terutama pada waktu malam.
- Cuba elakkan dari menggunakan jalan pintas dan tempat yang tidak berpenghuni dan sunyi, sentiasa gunakan jalan yang sibuk dan terang.
- Elak menggunakan lalauan bersemak dan gelap di mana seseorang boleh bersembunyi.
- Prihatin pada persekitaran dan elak menggunakan ‘earphone’ atau seumpamanya, anda mungkin tidak dengar atau mengetahui seseorang berjalan di belakang anda.
- Jangan pakai terlalu banyak barang kemas. Peragut mungkin tidak dapat membezakan barang kemas yang asli atau tiruan.
- Bawa beg berdekatan tubuh. Jika boleh, bahagian hadapan beg menghala ke tubuh anda. Gunakan beg berzip.
- Jangan pamerkan wang atau telefon bimbit anda. Simpan selepas guna.
- Apabila berjalan ke arah kenderaan atau rumah, pegang kunci di tangan.
- Pertimbangkan idea untuk membawa pengera serangan, penyembur lada hitam atau wisel. Ingat: panggilan 999 adalah percuma.
Apabila Keluar Pada Waktu Malam
- Rancang perjalanan, fikirkan bagaimana anda akan pulang ke rumah kemudian. Sama ada menaiki teksi, berkongsi kereta atau minta ahli keluarga menjemput anda.
- Jika menaiki teksi, ambil nombor pendaftaran teksi dan maklumat peribadi pemandu teksi tersebut kemudian maklumkan kepada seseorang yang anda percayai melalui SMS dan sebagainya.
- Pastikan anda bersama kumpulan anda.
- Jangan berjalan kaki sendirian dalam apa juga keadaan.
- Pastikan wang mencukupi untuk pulang atau membuat panggilan di telefon awam.
- Jauhkan diri dari sebarang masalah. Jika masalah berlaku atau dijangka akan berlaku, maklumkan kepada pihak polis kemudian jauhkan diri.
- Berjalan dengan bertujuan dan yakin. Berwaspada terhadap permintaan daripada pihak yang tidak dikenali, seperti meminta rokok atau duit.
- Jangan meletakkan dompet di bahagian poket belakang.
Jika Diserang
- Jangan melawan atau bergelut. Jika beg atau barangan peribadi dirampas, biarkan sahaja. Barangan boleh diganti berbanding nyawa anda.
- Jerit, buat bising untuk tarik perhatian orang di sekeliling. Guna pengera serangan jika ada.
- Jika penjenayah masih berdekatan, larikan diri, pergi ke tempat yang difikirkan selamat dan hubungi pihak polis.
- Jauhkan diri anda secapat mungkin. Tuju ke arah jalan yang sibuk, kedai, stesen minyak atau balai polis jika tiada sesiapa berdekatan.
- Beri sebanyak maklumat yang boleh kepada pihak polis termasuk penerangan mengenai barang yang dicuri, rupa penjenayah, waktu dan tempat kejadian serta arah mana penjenayah telah melarikan diri.
Kredit gambar: Shooting strangers
Keselamatan Diri, Kaedah-kaedah Terbaik Mencegah Atau Menghadapi Jenayah | Zaryl
Mar 19, 2013 @ 00:26:12
[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Keselamatan Diri, Kaedah-kaedah Terbaik Mencegah Atau Menghadapi Jenayah | Zar… [...]