Assalamualikum, salam sejahtera.

Tajuk ntah apa-apa la kan? :mrgreen: Al kisahnya beberapa minggu yang lalu salah seorang anggota Pixel Trigger (macam kumpulan muzik pulak haha) ke sebuah pasaraya bersama-sama keluarganya untuk membeli belah.

Sebelum masuk ke pasaraya tersebut, beliau melalui sebuah booth menjual perkakas dapur. Si jurujual menghulurkan sekeping pamphlet berkaitan produk yang dijual. Setelah diamati, alangkah terkejut apabila beliau melihat muka depan pamphlet tersebut sambil tersenyum… :lol: kenapa pulak tersenyum?

phamplet jualan perkakasan dapur guna gambar yang dicuri

Read the rest of this entry »

Baru-baru ni ada terbaca luahan hati Eddie berkenaan masalah kad kredit Maybank yang dihadapinya. Kali ni aku pun nak tumpang sekaki, juga berkaitan kad kredit Maybank.

2 tahun lepas isteri aku buat loan dengan Maybank untuk pembelian sebuah kereta. Bermula saat itu, Maybank akan menghantar penyata akaun kad kredit entah dari mana muncul.

Fakta-fakta berkaitan:

  • Dalam penyata tersebut tertera 2 jenis kad kredit iaitu Visa Petronas Gold dan Mastercard Classic.
  • Had kredit untuk kedua-dua kad tersebut adalah RM6,000.00
  • Isteri aku tak pernah memohon sebarang kad kredit dari Maybank.
  • Walaupun dinyatakan dalam penyata, kad-kad tersebut tidak pernah dikutip di mana-mana cawangan jadi tidak pernah diaktifkan (jika kad itu wujud sekalipun)

Kemudian muncul pula notis dari Maybank minta dijelaskan bayaran tertunggak kad-kad kredit ‘hantu’ seolah-olah kad-kad tersebut telah aktif.

notis jelaskan pembayaran kad kredit dari maybank

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum.

Sekadar pendapat mungkin juga teguran pendek. Pilih yang mana suka :)

Ilmu adalah satu keperluan dalam hidup setiap manusia. Ayat mudah, tanpa ilmu kita gagal melaksanakan apa yang kita inginkan waima sekecil-kecil perkara seperti mengoreng hidung :P

Setakat pengalaman aku yang cetek dalam dunia internet ni, bermacam-macam ilmu yang aku dah dapat. Banyak yang aku ambil buat amalan dan banyak juga yang aku buat simpanan hari tua. Tapi ilmu aku sentiasa tak pernah cukup. Siapa yang dah cukup ilmu? :lol:

Berterus-terang, jangan anggap sesuatu perkara itu remeh atau tidak penting hanya kerana kita sudah ada ilmu mengenainya. Sebagai contoh mudah, kalau aku keluarkan tutorial berkenaan cara untuk membasuh baju dengan betul, bagaimana tanggapan pembaca terhadap artikel tersebut?

Bagi yang sudah cukup ilmu di dada, ramai yang akan memandang enteng maklumat tersebut (walaupun hanya dalam hati) tapi pernahkah terfikir bahawa kita bukan hidup seorang diri dalam dunia ni? Mustahilkah tiada orang lain yang masih tidak tahu tentang ilmu tersebut?

Sekiranya sesuatu bentuk ilmu yang kita jumpa itu sudah kita ketahui, di manakah salahnya kita untuk berkongsi maklumat tersebut kepada orang lain yang belum tentu tahu tentangnya?

Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain yang berkongsi ilmu yang mereka ada malah perlu dihargai walau dengan secebis komen ataupun retweet dengan Twitter :P kalau tidak suka sekalipun pasti ada cara yang lebih baik dari itu. :)

Mari kita berkongsi ilmu… hargailah walaupun hanya dengan sepotong ayat.

Saman Ekor, Kenapa Patut Dikaji?

Posted August 20th, 2010. Filed under Campaign

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia (bukan pasal biskut Famous Amos) tapi pasal rungutan pemandu-pemandu yang telah disaman melalui kaedah saman ekor oleh polis. Ramai yang bising tak ada duit nak bayar, ada yang mempertikaikan cara pelaksanaan saman tersebut dan ramai pula yang mengeluh duit untuk digunapakai sempena hari raya yang bakal tiba habis untuk membayar saman.

Bagi aku kebanyakkan alasan yang aku dengar dan baca di akhabar tempatan oleh pemandu-pemandu di Malaysia yang telah disaman agak menjengkelkan. Seolah-olah merayu malah ada yang seakan sombong padahal sememangnya kesalahan telah dilakukan.

Walaupun aku kurang gemar dengan alasan basi tak bermakna aku menyokong 100% saman ekor. Dalam Akhbar Metro baru-baru ni dah keluar salah satu pasal kereta klon.

kereta klon harian metro

Read the rest of this entry »