Sentimental Menjelang Aidilfitri

Posted September 7th, 2010. Filed under Off-beat
4966106497 abb45bffb9 Sentimental Menjelang Aidilfitri

Sentimental Menjelang Aidilfitri, originally uploaded by zaryl.

Hari ni Selasa, 7 September 2010. Mengikut jadual aku dan keluarga akan bergerak balik ke Kuala Kangsar malam ni. Hari ni jugak Aziey ada temujanji di PPUM untuk pemeriksaan kandungannya yang dah hampiri tarikh bersalin yang dijangkakan.

Setelah pemeriksaan tadi, tekanan darah Aziey naik mendadak 170/110 buatkan doktor tak ada pilihan lain kecuali menahan Aziey di wad untuk pemantauan. Walaupun masing-masing ada pengalaman anak pertama, kami masih terasa gementarnya…

Apa pun yang bakal berlaku, aku harap semuanya berakhir dengan gembira. Sambut Aidilfitri kat Kuala Lumpur apa salahnya ;)

Ps: mungkin kena tukar nama dari Zarif Ikhram jadi Syawal? err… :-P

Web: pixeltrigger.com
Blog: zaryl.com
LiveBlog: zariel.net

Bila isteri takutkan suami…

Posted August 30th, 2010. Filed under Off-beat
4940987634 2ffce2d06a Bila isteri takutkan suami...

Bila isteri takutkan suami…, originally uploaded by zaryl.

Bila aku baca surat khabar ada berita tentang seorang isteri yang takut bersenggama dengan suaminya sendiri, aku tergelak kecil.

Bukan kerana mentertawakan si isteri tapi teringat masalah penzinaan seterusnya hingga pembuangan dan pembunuhan bayi tak berdosa yang semakin parah sejak kebelakangan ini.

Secara peribadi jika aku berada di tempat si suami dalam kes di atas, akan aku peluk si isteri tanda kesyukuran.

Hakikatnya hari ini, rata-rata ramai wanita yang ghairah ingin melakukan hubungan intim biarpun belum ada hubungan yang sah di sisi agama. Jadi bila terdapat kes isteri takut bersenggama dengan suami, betapa beruntungnya si suami ;)

Duit terhad Tapi Beli Susu Bayi Yang Mahal?

Posted August 26th, 2010. Filed under Off-beat

Kenapa beli susu bayi yang mahal kalau sumber kewangan terhad?

Satu persoalan yang mudah dan jawapan yang juga mudah sebenarnya jika ada pengalaman atau pengetahuan mengenainya.

Jawapan paling ringkas (kepada yang kurang ambil tahu) Bayi ada sifat memilih. Kadang-kadang susu juga boleh menyebabkan alahan.

Pengalaman aku sebagai ayah, terpaksa cari pelbagai jenis susu sama ada murah atau mahal yang paling sesuai dengan anak. Bernasib baik, anak aku sesuai dengan jenama susu yang berharga sederhana.

ps:ayat sedikit kelam kelibut tapi harap dapat menjawab persoalan :P

Web: http://pixeltrigger.com
Blog: http://zaryl.com
LiveBlog: http://zariel.net

Baru-baru ni ada terbaca luahan hati Eddie berkenaan masalah kad kredit Maybank yang dihadapinya. Kali ni aku pun nak tumpang sekaki, juga berkaitan kad kredit Maybank.

2 tahun lepas isteri aku buat loan dengan Maybank untuk pembelian sebuah kereta. Bermula saat itu, Maybank akan menghantar penyata akaun kad kredit entah dari mana muncul.

Fakta-fakta berkaitan:

  • Dalam penyata tersebut tertera 2 jenis kad kredit iaitu Visa Petronas Gold dan Mastercard Classic.
  • Had kredit untuk kedua-dua kad tersebut adalah RM6,000.00
  • Isteri aku tak pernah memohon sebarang kad kredit dari Maybank.
  • Walaupun dinyatakan dalam penyata, kad-kad tersebut tidak pernah dikutip di mana-mana cawangan jadi tidak pernah diaktifkan (jika kad itu wujud sekalipun)

Kemudian muncul pula notis dari Maybank minta dijelaskan bayaran tertunggak kad-kad kredit ‘hantu’ seolah-olah kad-kad tersebut telah aktif.

notis jelaskan pembayaran kad kredit dari maybank

Read the rest of this entry »