Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Boleh dikatakan setiap blogger yang aku kenali mempunyai satu halaman khas di blog masing-masing untuk meletakkan senarai pautan ke blog rakan-rakan sebagai tanda menghargai penglibatan masing-masing. Ini adalah salah satu tanda blogger Malaysia rata-rata berbudi bahasa dan tahu mengenang budi. ;)

Malangnya, bila pergaulan sosial dalam talian kita berkembang seiring dengan masa, seringkali senarai pautan tersebut diabaikan dengan tidak dikemaskini. Mungkin dengan kekangan masa atau apa saja sebabnya, hanya tuan empunya blog saja yang mengetahui.


Untuk memudahkan kita menguruskan semua pautan, ada terdapat sebuah plugin WordPress percuma diberi nama Link Library.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gravatar zaryl dot comSebagai blogger yang bercita-cita tinggi, kita tentu inginkan blog kita maju dan terkenal di mata dunia. :) Antara perkara pertama yang kita perlu buat adalah menjadikan blog kita sebagai satu jenama yang mudah dikenali dan diingati pengunjung. Selalunya apa kita buat?

Rata-rata setiap pemilik blog akan mencipta jenama sendiri dengan nama domain. Kemudian menghiasi blog masing-masing dengan header yang menarik dan tertarik debomm! Lepas tu, kita mungkin menjadikan blog kita lain dari yang lain melalui favicon rekaan sendiri (seperti yang ada di bahagian atas sebelah URL atau sebelah nama blog kita pada browser). Apa lagi yang boleh dilakukan?

Read the rest of this entry »

Mungkinkah ada dikalangan begitu ramai pengguna WordPress (self-hosted) terutamanya di Malaysia yang tidak pernah menyedari dan tidak betul-betul pasti bahawa terdapat satu senarai lengkap beberapa plugin yang disarankan untuk kemudahan blog owner?

Senarai tersebut sudah siap diletakkan di bahagian admin secara default tanpa perlu mencari di plugin directory seperti yang biasa dilakukan.

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera.

Ada beberapa masalah dalam dua bulan kebelakangan ini berkaitan RSS feed (suapan) Zaryl Dot Com. Feedburner sudah beberapa kali gagal menyempurnakan feed kerana jumlah saiz feed melebihi 512K.

Aku juga adalah pengguna perkhidmatan CommentLuv sebagai salah satu cara untuk mempromosikan artikel di blog ini bila aku memberi komen di blog yang lain. Malangnya bila RSS feed aku melebihi hadnya, CommentLuv yang turut menggunakan suapan tersebut bagi menjana artikel terkini akan juga gagal berfungsi.

Read the rest of this entry »