Assalamualaikum, salam sejahtera.
Semenjak dulu selalu dengar dan baca aduan tentang betapa sibuknya guru dengan kerja dan tugas mereka. Melayan kerenah murid-murid yang sedikit bebal, tak senonoh dan ada yang kurang ajar. Berhadapan pula dengan ibu bapa yang banyak songeh, terlalu cerewet sehingga guru pun nak disekolahkan. Belum cerita penatnya kat rumah lagi.
KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.
Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.
Sumber: Berita Harian Online, 27 Julai 2010
Begitulah rentak institusi persekolahan di Malaysia. Kebenarannya, politik sentiasa subur dalam diri setiap guru terutamanya kebanyakkan guru besar (pengetua) dan juga guru-guru kaki bodek. Kasar bunyinya? Siapa yang cakap kebenaran sentiasa halus murni?
Antara senario ‘luar biasa’ bila politik dalaman diamalkan sesetengah guru adalah:
Read the rest of this entry »