15

Facebook Bocorkan Maklumat Pengguna?

Posted July 8th, 2010. Filed under Politics & Socials

Salam 1 Malaysia…

Tajuk macam gempak je kan? :P Baru-baru ni aku dapat emel dari Facebook konon-kononnya, tapi masuk dalam bahagian spam. Bayangkan kalau Google Mail gagal menapis emel ini dan masuk ke inbox seperti emel-emel lain, peluang untuk aku turut sama tertipu lebih besar. Tertipu bagaimana?

Facebook Support sent you a message on Facebook - Spam E-Mail

Sama macam artikel aku yang lepas pasal emel spam dari Public Bank Berhad, penipuan macam ni boleh mengakibatkan pengguna mengalami kerugian. Kalau berkaitan bank memang rugi wang tapi bagaimana pulak kalau pengguna Facebook tertipu dengan emel sebegini?

Artikel berkaitan: Facebook Investigates E-mail Notification Issue (pcworld.com)

Penerima emel terutama yang kurang peka dan mungkin sedikit lalai dengan mudah tertipu apabila tanpa berfikir panjang menggunakan pautan yang disediakan dalam emel spam tersebut. Jika penipu-penipu dunia maya ni boleh menciplak layout dan fungsi lamanweb atau portal perbankan dalam talian seperti Maybank2U dan CIMBclicks apatah lagi setakat Facebook tu :P


Bila pengguna yang tertipu memasukkan kata pengguna dan kata laluan, ianya boleh digunakan untuk menyedut sebarang data berkaitan pengguna tersebut. Jadi berhati-hatilah bila membaca emel korang. Jangan sampai bocor semua rahsia ;)

Kepada yang dah terkantoi, boleh berkongsi dengan aku?

Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

15 Responses so far

  1. Facebook Bocorkan Maklumat Pengguna? | Zaryl Dot Com…

    Jika mereka boleh menciplak layout dan fungsi lamanweb atau portal perbankan dalam talian seperti Maybank2U dan CIMBclicks apatah lagi setakat Facebook……

  2. iza azilas.blogspot.com says:

    Salam…
    aku belum terkantoi lg kot..hehe…
    lgpun tak ada maklumat penting sgt dlm FB tu, sekadar suka2.

  3. Wan wanperlis.com says:

    bahaya nih
    tak pernah lagi dapat emel tu, kena hati2
    ni phising punya keja

  4. Melz melromeo.com says:

    kena lebih berhati² lepas nie ;\ huhu

    neway thanks untuk info nie

  5. zik zikrihusaini.com says:

    bahaya nie… aku kena lbih berhati-hati lepas nie..thank u bro..

  6. Cik Nass ciknass.com says:

    thnx so much for that info. aku tak penah tau pon. T__T seb bek dapat peringatan awal.
    Cik Nass“s last blog ..Sotong- Pelbagai jenis masakan sotong-My ComLuv Profile

  7. MokhZam mokhzam.com says:

    nice info bro…facebook pun ade buat jugak macam ni ek…hati2la lepas ni…

    * bro,selalu jugak ek tukar theme :)

  8. dopyty says:

    Thanks for the great advice. Will be adding an original signature from now on.

  9. [...] Facebook Bocorkan Maklumat Pengguna? | Zaryl Dot Com [...]

Leave a Comment





CommentLuv Enabled