Zaryl Dot Com

Panduan Keselamatan Internet Untuk Untuk Kanak-kanak
Internet merupakan satu medium yang mempunyai pelbagai maklumat dan sumber yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Namun ia merupakan cabaran baru kepada ibu bapa kerana ia mesra pengguna dan interaktif tidak seperti televisyen dan radio. Sesetengah orang menggunakan internet untuk mempromosikan sesuatu yang tidak berfaedah seperti pornografi, perjudian haram (judi memang haram pun) dan lain-lain.

panduan keselamatan internet untuk kanak-kanak

Patutkah anak-anak dihalang daripada menggunakan internet? Tidak, internet berguna bagi mereka untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga; melakukan penyelidikan untuk pelajaran mereka, bermain permainan video dan lain-lain lagi. Ia adalah sumber yang kaya dengan maklumat tetapi menimbulkan bahaya jika mereka tidak berhati-hati.

Apakah faedah menggunakan internet?

Akses kepada maklumat dengan menggunakan multimedia (teks, bunyi, gambar dan video)

Alat komunikasi yang mudah untuk menghantar mesej.

Mengandungi maklumat terkini yang berkaitan dengan minat.

Belajar memahami dan membandingkan maklumat yang ditulis di internet.

Berinteraksi dengan pakar dari jarak jauh untuk mendapatkan maklumat khusus atau mengadakan perbincangan.

Platform untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai bidang yang diminati.

Bermain permainan bercirikan pendidikan.

Mendapat pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan dalam hobi atau kerja di masa depan.

Kanak-kanak boleh terdedah kepada:

Laman web berunsur pornografi (lucah)

Laman web yang menggalakkan kebencian, keganasan, dadah dan perkara lain yang berkaitan.

Maklumat yang mengelirukan dan tidak benar.

Permintaan maklumat peribadi daripada peraduan dan lain-lain untuk digunakan dengan cara yang tidak sah.

Akses mudah kepada permainan yang mengandungi keganasan melampau.

Apa yang boleh dilakukan sebagai ibu bapa/penjaga?

Memiliki pengetahuan tentang internet dan risikonya.

Luangkan masa dan libatkan diri dengan anak-anak untuk mengetahui minat dan pengalaman dalam talian mereka.

Pastikan komputer diletakakan di kawasan yang mudah dipantau.

Bantu mereka memilih nama log masuk dan pastikan mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi tanpa persetujuan ibu bapa/penjaga.

Pastikan Komputer Selamat:

Salah satu cara praktikal untuk bantu anak-anak kekal selamat bila menggunakan internet adalah dengan melindungi komputer itu sendiri. Antara apa yang boleh dilakukan ialah:

Memasang perisian khas untuk menapis kandungan tertentu dari internet.

Memasang perisian keselamatan seperti antivirus, firewall dan antispyware.

Menggunakan penapis untuk menghalang e-mel spam.

Gunakan perisian pengawasan Ibu Bapa untuk awasi aktiviti dalam talian anak-anak.

Gunaan penghalang pop-up untuk menghentikan kemunculan tetingkap pop-up.

Laman web (perisian) untuk keselamatan internet:

Cyber Sitter (berbayar)

Cyber Patrol (berbayar)

Net Nanny (berbayar)

K9 Web Protection (percuma)

Windows Live Family Filter (percuma)

Parental Control Bar (percuma)

Enjin carian mesra kanak-kanak:

Yahoo! Kids

Kids Click

Ask Kids

Boolify

KidRex

Pelayar khas percuma untuk kanak-kanak:

Kidzui

BuddyBrowser

Zoodles

Kidoz

Kid Rocket

Laporkan insiden berkaitan internet/komputer:

Hubungi Cyber999 iaitu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) untuk mengendalikan insiden yang dihadapi oleh pengguna komputer/internet. Sila laporkan melalui:

Web: MyCERT.org.my

Telefon: 03-89926969

Telefon mudah alih: 019-2665850 (24 jam)

SMS: 019-2813801

E-mel: mycert@mycert.org.my

Faks: 03-89453442

Nota:

Bersama menjadikan internet tempat yang lebih selamat.

Artikel panjang lebar penuh informasi, rasa terlalu skema dan formal pulak.

Harap ramai yang dapat manafaat dari artikel ni. Tolong sebar-sebarkan ye. Terima kasih.

Kalau inginkan lagi artikel ilmiah macam ni sila sampaikan di bahagian komen.

Free The Children
Free The Children focuses on the betterment of millions of starving children in third world countries. Unlike charitities that push for donations, this is not one of them.

In effort to raise awareness, individuals are given a platform to take action where a simple 2-seconds act of clicking “LIKE” on the WE DAY Facebook Page will garner 1$ from participating sponsors towards the cause. Meaning, every click will lead to $1 donation from the sponsor’s end.

With 850,000 likes from America and Europe, it is now Malaysia’s turn to hype up the number of “Likes” to reach the 1 million target!

Have you liked the WE DAY Facebook Page yet?

We Day Facebook Page

Yg Membezakan Antara Kita, Taqwa….
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yang berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan – mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dengan besi. Bahagian besi itulah yang dijual kepada pembeli besi buruk untuk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sangat”, kata mereka.

“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dapat tangkap”, kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tengah-tengah kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.

“Sekolah kami ni memang selalu kena pecah masuk, barang-barang dirosakkan dan dicuri. Memang frust betul sebab kami kumpul duit untuk kemudahan sekolah ni dengan titik peluh sendiri. Bila dapat tahu yang pelajar kami sendiri yang mencuri, memang sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yang tahu perasaan ni”. Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yang keadaannya amat daif bersama-sama bapa mereka, yang tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.

Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yang diceritakan kepada Ustazah Zainah. Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yang lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yang bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yang tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yang bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dapat ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yang bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yang menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yang sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. Tak makan, jawabnya.

Sebelum ke KAFA? Tak makan.

Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.

“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”, dia mengangguk.

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sebab dah biasa. Ya Allah. Saya tak dapat bayangkan apa yang dilalui anak ini setiap hari.

Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yang saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan. Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yang penuh harapan. Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, memang tiada masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yang digunakan untuk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan kami masuk. “Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sangat daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah”, katanya. Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media datang ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada orang ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dengan cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak-anak. Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yang lebih baik. Namun beliau kurang yakin dengan cadangan kami. Katanya, kalau dia keluar bekerja awal pagi, siapa yang akan menyiapkan anak-anak? Memasak untuk mereka?

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai takdir yang akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w.

Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat untuk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. Saya memang kagum dengan dedikasinya menjaga anak-anak setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak-budak itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan untuk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan.

Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya untuk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan-rakannya yang seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”.

“Tidak”, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka datang. “Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak-budak ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yang tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yang bukan semuanya dari orang Malaysia. Saya rasa komen macam ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak-budak ni, tetap budak-budak? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru-guru di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru-guru ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, seperti Ustazah Zainah, yang mengajar dua sesi. Ada guru yang langsung tak dapat dibayar. JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dapat ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya tiada masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yang berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yang mampu yuran RM20 sebulan.

Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tengah-tengah kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yang tinggal di sini masing-masing penerima zakat. Hampir separuh kanak-kanak yang ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tahu-tahu sajalah tahap keperitan hidup mereka. “Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak-budak ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula-mula tu, kerana ramai yang tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepas tu, ramai yang tak datang sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dapat teruskan belajar”.

Guru-guru ini sanggup menerima potongan gaji semata-mata agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira-kira RM1,200. Itu pun baru-baru ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru-baru ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dengan data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak-anak yang bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru-guru ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dengan cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yang disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat mengenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan orang lain beramal. Tiada sumbangan yang terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yang berterusan faedah dan pahalanya. Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:

Maybank

MBB account – 164388710655

(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).

Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB

Account number 1-12479-00092090

(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)

Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:

Bank Islam SAR AL-INSANIAH

Acc no: 12047010031372

Atau hubungi

Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191

Ustazah Norazainah 0173217971

Minta tolong sebarkan

https://www.facebook.com/helpKAFA

Seperti yang kisahkan oleh Saudara Kamarol Izuan

Aperture DSLR Asas Penggunaan
Panduan Fotografi – Aperture Dan Asas Penggunaan

…what aperture is, it’s the opening in your camera’s lens that determines how much light passes through to the sensor (film). Think of the pupil and iris of your eye. In bright settings, the iris contracts and the size of your pupil shrinks to help cut down the amount of light that passes through. The aperture of your lens acts in much the same way. – Geek Inspired

Dalam Bahasa Melayu, aperture adalah bukaan lensa kamera yang menentukan jumlah cahaya yang masuk ke sensor kamera jadi dalam keadaaan biasa, semakin kurang cahaya masuk ke sensor bermakna lebih gelap gambar yang dihasilkan. Seperti juga dalam artikel sebelum ini iaitu berkenaan shutter speed, aperture memainkan peranan yang penting dari teknik-teknik asas yang digunapakai oleh jurugambar sama ada amatur atau profesional dalam bidang fotografi.

Aperture biasanya ditentukur dalam f-numbers atau f-stops seperti f22 (f/22),16 (f/16), f/8.0, f/5.6, f/4.0, f/2.8, f/1.8 dan yang seumpamanya bergantung kepada lensa. Setiap lensa akan dicetak bacaan f-numbers sama ada dibahagian sisi atau hadapan lensa untuk memudahkan pengguna mengenalpasti keupayaan aperture lensa-lensa terbabit. Dalam fotografi, bacaan aperture sedikit berbeza dari kebiasaan. Jika dilihat pada rajah di atas, semakin besar f-numbers semakin kecil bukaan lensa yang membenarkan cahaya masuk ke sensor dan begitu juga sebaliknya.

Di samping membenarkan satu jumlah cahaya untuk masuk ke sensor kamera, aperture juga digunakan untuk menentukan depth of field sesuatu penghasilan foto yang diambil oleh jurugambar. Depth of field adalah terma dalam fotografi bermaksud ‘kedalaman’ objek yang berbeza bergantung kepada titik fokus yang dikenakan.

Dalam contoh gambar di bawah, subjek model adalah dalam titik fokus. Oleh sebab itu objek disekelilingnya secara automatik menjadi kabur, bergantung kepada bacaan aperture yang ditetapkan jurugambar. Jika aperture dibuka semaksimumnya (f/1.4, f/1.8 dan sebagainya) titik fokus akan menjadi lebih kecil manakala jika aperture dibuka pada kadar sederhana, titik fokus akan menjadi lebih besar (objek akan lebih jelas) dan seterusnya juga jika aperture ditetapkan dengan nilai f-numbers yang lebih besar (f/8, f/11, f/16 dan f/22).

Fungsi aperture yang berkait rapat dengan penggunaan shutter memerlukan latihan kendiri untuk lebih mudah difahami dan diingati tetapan yang sesuai mengikut gaya fotografi yang hendak diketengahkan termasuk juga keadaan persekitaran. Dengan latihan praktikal dan bimbingan jurugambar yang lebih arif dapat membantu usaha memahirkan diri dalam teknik-teknik asas sebagai jurugambar amatur…. macam saya

* Selain aperture dan shutter, satu lagi fungsi asas sebuah kamera ialah ISO (International Standards Organisation) atau dahulunya digelar ASA (American Standards Association). Nantikan penerangan serba sedikit berkenaan apa fungsi sebenar ISO dan kaitan fungsi tersebut dengan aperture dan shutter dalam artikel yang akan datang.

ISO Dalam Fotografi
Apakah sebenarnya ISO dalam fotografi dan bagaimana memilih tetapan ISO yang ideal?

Sebelum ini sudah diterangkan secara ringkas fungsi aperture dan fungsi shutter, selain itu terdapat satu lagi fungsi asas sebuah kamera iaitu ISO (International Standards Organisation) atau dahulunya digelar ASA (American Standards Association).

The ISO number indicates how quickly a camera’s sensor absorbs light. – Digital SLR Guide

Secara mudahnya, ISO untuk sesebuah kamera slr adalah satu siri nombor yang memperlihatkan kepantasan fungsi serapan cahaya oleh sensor kamera tersebut. Lebih tinggi nombor siri ISO bermakna sensor sesebuah kamera lebih sensitif terhadap cahaya.

Terdapat sedikit kelemahan yang terpaksa dihadapi dalam penggunaan ISO. Semakin tinggi kadar ISO yang dikenakan semakin sensitif sensor kamera, secara automatiknya gambar akan nampak seperti berpasir atau disebut sebagai noise atau grain. Kelemahan ini bukanlah disengajakan tetapi adalah sebagai cara langkah penyesuaian sensitiviti cahaya yang diserap oleh sensor untuk hasil gambar yang mempunyai pencahayaan yang baik.

Sebagai contoh, jika tiada flash untuk membantu bila suasana di sekeliling subjek yang kurang sumber cahaya seperti di waktu senja atau subuh dan sebagainya, penggunaan ISO dapat menolong memberikan pencahayaan yang diinginkan daripada subjek walaupun hasil gambar akan kelihatan kasar.

Contoh kesan noise@grain pada gambar. Nikon D7000 + Nikor 50mm f1.8

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, pengeluar jenama-jenama kamera terkenal di dunia telah memperbaiki segenap fungsi kamera masing-masing seiring teknologi fotografi yang semakin maju. ‘Kelemahan’ ISO adalah antara fungsi yang mendapat perhatian mereka untuk dibuat penambahbaikkan dan hasilnya, banyak model-model terkini mereka menyokong tahap penggunaan ISO lebih tinggi tanpa kelihatan masalah noise atau grain yang ketara seperti model-model sebelumnya.

Seperti mana artikel pengenalan kepada shutter dan penggunaan aperture, ISO adalah antara fungsi asas sebuah kamera yang perlu diketahui. Walaupun masih banyak lagi fungsi-fungsi lain, dengan pengetahuan teori dan menerusi latihan praktikal yang berterusan, ketiga-tiga fungsi asas ini mampu menghasilkan gambar yang baik bila ditambah dengan kreativiti dan imaginasi jurugambar.

Cantik atau tidak sesebuah gambar bukan bergantung kepada pujian dan kritikan orang lain semata-mata tetapi juga selera dan minat dalam diri. Kepuasan diri lebih utama

tapi itu pendapat peribadi saya saja…