Panduan Keselamatan Internet Untuk Untuk Kanak-kanak

Internet merupakan satu medium yang mempunyai pelbagai maklumat dan sumber yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Namun ia merupakan cabaran baru kepada ibu bapa kerana ia mesra pengguna dan interaktif tidak seperti televisyen dan radio. Sesetengah orang menggunakan internet untuk mempromosikan sesuatu yang tidak berfaedah seperti pornografi, perjudian haram (judi memang haram pun) dan lain-lain.

panduan keselamatan internet untuk kanak-kanak

Patutkah anak-anak dihalang daripada menggunakan internet? Tidak, internet berguna bagi mereka untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga; melakukan penyelidikan untuk pelajaran mereka, bermain permainan video dan lain-lain lagi. Ia adalah sumber yang kaya dengan maklumat tetapi menimbulkan bahaya jika mereka tidak berhati-hati.

 Apakah faedah menggunakan internet?

  • Akses kepada maklumat dengan menggunakan multimedia (teks, bunyi, gambar dan video)
  • Alat komunikasi yang mudah untuk menghantar mesej.
  • Mengandungi maklumat terkini yang berkaitan dengan minat.
  • Belajar memahami dan membandingkan maklumat yang ditulis di internet.
  • Berinteraksi dengan pakar dari jarak jauh untuk mendapatkan maklumat khusus atau mengadakan perbincangan.
  • Platform untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai bidang yang diminati.
  • Bermain permainan bercirikan pendidikan.
  • Mendapat pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan dalam hobi atau kerja di masa depan.

Kanak-kanak boleh terdedah kepada:

  • Laman web berunsur pornografi (lucah)
  • Laman web yang menggalakkan kebencian, keganasan, dadah dan perkara lain yang berkaitan.
  • Maklumat yang mengelirukan dan tidak benar.
  • Permintaan maklumat peribadi daripada peraduan dan lain-lain untuk digunakan dengan cara yang tidak sah.
  • Akses mudah kepada permainan yang mengandungi keganasan melampau.

Apa yang boleh dilakukan sebagai ibu bapa/penjaga?

  • Memiliki pengetahuan tentang internet dan risikonya.
  • Luangkan masa dan libatkan diri dengan anak-anak untuk mengetahui minat dan pengalaman dalam talian mereka.
  • Pastikan komputer diletakakan di kawasan yang mudah dipantau.
  • Bantu mereka memilih nama log masuk dan pastikan mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi tanpa persetujuan ibu bapa/penjaga.

 Pastikan Komputer Selamat:

Salah satu cara praktikal untuk bantu anak-anak kekal selamat bila menggunakan internet adalah dengan melindungi komputer itu sendiri. Antara apa yang boleh dilakukan ialah:

  • Memasang perisian khas untuk menapis kandungan tertentu dari internet.
  • Memasang perisian keselamatan seperti antivirus, firewall dan antispyware.
  • Menggunakan penapis untuk menghalang e-mel spam.
  • Gunakan perisian pengawasan Ibu Bapa untuk awasi aktiviti dalam talian anak-anak.
  • Gunaan penghalang pop-up untuk menghentikan kemunculan tetingkap pop-up.

Laman web (perisian) untuk keselamatan internet:

Enjin carian mesra kanak-kanak:

Pelayar khas percuma untuk kanak-kanak:

Laporkan insiden berkaitan internet/komputer:

Hubungi Cyber999 iaitu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) untuk mengendalikan insiden yang dihadapi oleh pengguna komputer/internet. Sila laporkan melalui:

  • Telefon: 03-89926969
  • Telefon mudah alih: 019-2665850 (24 jam)
  • SMS: 019-2813801
  • E-mel: mycert@mycert.org.my
  • Faks: 03-89453442

Nota:

  • Bersama menjadikan internet tempat yang lebih selamat.
  • Artikel panjang lebar penuh informasi, rasa terlalu skema dan formal pulak.
  • Harap ramai yang dapat manafaat dari artikel ni. Tolong sebar-sebarkan ye. Terima kasih.
  • Kalau inginkan lagi artikel ilmiah macam ni sila sampaikan di bahagian komen.

 

Leave a reply