Salam sejahtera.
Minggu lepas aku ‘dikejutkan’ dengan kesilapan teknikal mengemaskini Windows 7 versi lanun di komputer aku. Sepertimana reaksi normal seorang pengguna produk yang dilanunkan, aku sepantas lanun juga mencari jalan untuk menulenkan Windows 7 yang sedang aku gunakan tanpa sebarang rasa penyesalan.

Pelbagai jenis perisian dan patch yang aku muaturun dan aplikasikan namun semuanya gagal. Cara bijak (sinis tetapi berbudi bicara) Microsoft memaklumkan kepada pengguna lanun yakni aku, supaya menggunakan Windows 7 yang tulen adalah dengan menetapkan satu tempoh (amaran diberi untuk backup semua fail) pada mulanya 7 hari bekerja yang tentunya tidak aku peduli…
Kemudian setelah tamat tempoh itu, sistem Windows 7 masih boleh beroperasi cuma akan mengalami black out yang menyedihkan. Kenapa sedih? Sebab tanpa sebarang amaran bertulis, amaran lisan mahupun sebarang bunyi-bunyian, komputer akan restart secara ikut suka tanpa mempedulikan aku, jauh sekali mahu bertanya “sudah save ke belum dokumen awak tuu”, cis!
Setelah beberapa malam memikirkan, aku terdetik untuk menamatkan kesengsaraan jiwa aku. Kenapa tidak aku gunakan Windows 7 yang tulen? Kalau dengan itu aku akan beroleh ketenangan dan keamanan yang jitu.. haha ayat macam hampeh. Kesimpulannya, aku malas dah nak guna windows lanun. Jadi aku selidik harga terkini dan edisi apa yang bersesuaian dengan kerja aku. Mari kita tengok…
Kalau dibandingkan pulak harga untuk setiap edisi adalah seperti di bawah:
- Windows 7 Home Basic – RM269
- Windows 7 Home Premium – RM339
- Windows 7 Home Premium ( BOX ) – RM419
- Windows 7 Professional – RM459
- Windows 7 Ultimate – RM649
- Windows 7 Ultimate ( BOX ) – RM729
Jadi mana yang patut aku beli? Yang pasti:
- Aku mungkin tak perlukan Windows XP Mode
- Tak perlu nak buat connection dengan company networks
- Selama guna Windows 7 Ultimate ni tak pernah pun gunakan Bit Locker dan tentu sekali…
- Aku tak peduli pasal kelebihan 35 bahasa yang disediakan.
Kesimpulannya, insyaAllah aku akan dapatkan Windows 7 Home Premium atau Windows 7 Professional bergantung pada nilai kertas warna yang terselit dalam wallet aku yang sedikit lusuh.
Aku tau entri mengenai Windows 7 ni dah ramai orang buat. Ini untuk rujukan pada yang masih menggunakan Windows versi lanun kalau-kalau terniat nak insaf hahaha
Windows tulen edisi mana yang menjadi pilihan korang?








Street Fighter – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Memang Tak Makan Saman
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?
Senarai harga Windows 7 mengikut edisi masing-masing dan akibat menggunakan Windows cetak rompak….
Minggu lepas aku ‘dikejutkan’ dengan kesilapan teknikal mengemaskini Windows 7 versi lanun di komputer aku. Sepertimana reaksi normal seorang pengguna produk yang dilanunkan, aku sepantas lanun juga mencari jalan untuk menulenkan Windows 7 yang sedang …
Salam…
Apa kbr tuan umah….tak sangka pula terjumpa kat geng blogger td…..wah dah pasan innity……
ada jgk apply aritu tp x lepas la…
haha.. dh pasang tp diam2 ja. nuffnang dh kurang menyengat tu pasal cuba innity lak
hero hindustan kita apa cerita? kerap pi mancing tgk..

zaryl´s last blog ..Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen
Dia pi mancing pulak ptg td naik bot kat Kuala Sepetang.
Kami di hantar balik ke Kg selama 2 minggu…
Gila mancing btul…
IZA´s last blog ..Ahkirnya Aku di Tag.
Salam tuan tanah….
Ok ke windows 7?
Pak mertuaku (mithun’s father) kata ringan tp menyusahkan kerja2 dia dllm pengeditan. Tp aku hanya tunggu dan lihat. la ni hanya vista.
Terjumpa di geng blogger td.wah, dah pasang innity….kita tak lepas la nk apply.
IZA´s last blog ..Kisah Paling Seram – Geng Blogger.Com
nak buat editing susah?
ntah la. lain org lain caranya kn? haha
vista lebih berat dari Win7 tp bergantung pada spec pc lak. kena up to date skit

zaryl´s last blog ..Outdoor : Conceptual Photography
Dah try install windows 7 ultimate……..ada 2 perbezaan, try and error la ni. Komputer ayah ok je tp kat laptop, dia bagi tempoh utk 30 hari je, napa ek?
Dah 4,5 kali format tp tetap utk 30 hari.
IZA´s last blog ..Ahkirnya Aku di Tag.
aku baru je menggunakan Windows 7 Home Premium tanpa rasa penyesalan dan ragu-ragu. ori.

beliamuda´s last blog ..Saya Masih Lagi Hidup, Terumbang-ambing Dipikul Ribut Cabaran
haha.. tahniah la bro. aku pun nk angkat la jugak klau cmni.

zaryl´s last blog ..Outdoor : Conceptual Photography
aku guna windows 7 Home Premium .. cukup puas hati sbb aku guna bukan utk buat server pun .. Kalo beli win7 Home Premium retail version dia akan beri 2-DVD ..
1. 32-bit
2. 64-bit
gunakan jer yg 32-bit sbb bnyk aplikasi support

hydir´s last blog ..Sahabat adalah upgrade kepada kawan
hmm.. aku pn bercadang edisi yg sama gak…
mcm aku sorang je yg guna pirate haha x bleh jadi ni
aku install 2 tempat dgn satu DVD .. satu kat lappy dan satu lagi kat home desktop .. agak2 diorang boleh detect tak? hoho
hydir´s last blog ..hydir{dot}com di jemput menyertai Projek 400 Nuffnang!
ori punya ke bro? entah
kalau lanun takda masalah haha
zaryl´s last blog ..Makan malam di Restoran Sup Kaww, Kelana Jaya.
aku pilih windows 7 ultimate…
da best..
tapi tggu tahun depan kot..
haha..
ntah2 time tu dah kuar win8…
aku pn guna windows 7 ultimate gak ni.. tp aku rasa home premium pn dh ok kot.
windows 8 dijangkan tahun depan ke? alamak! mcm rugi jee hehe
ada duit aku beli.. takde still lanun.. hehe..
tapi aku tak try lagi pun windows 7..
menteil´s last blog ..Lubang Yang Menarik Di Dunia
haha betul jugak tu..
ko guna windows xp ke vista? rugi woo x try windows 7 walaupun yg pirate hehe
tak bleh nak kate ape.. aku lanun tegar yang tak dapat diobati.

dah cube.. tapi duit lebih berharga… hahaha.. mujur la domain
tak boleh lanun.. kalau tak.. konfem aku lanun jugak
Kreuger´s last blog ..Projek Rahsia dari Kreuger
haha.. aku tunggu ko pencen la bro..
kalau domain boleh dilanunkan…. kalah amanz dot net koleksi domain aku ehheh

zaryl´s last blog ..Windows 7 Home Premium, Akhirnya Yang Tulen…
mahal2.
dulu xp dah pakai tulen, takpelah sekali sekala guna lanun
haha.. mmg mahal tapi ok la at least tak terganggu keja

bab tu aku sokong. kerap sgt kluar windows baru.
kalau aku beli windows 7, tahun depan dah nak kluar
windows 8 lak.. kalau leh upgrade free ok la jugak.. huhu
zaryl´s last blog ..Makan malam di Restoran Sup Kaww, Kelana Jaya.
Pirate of Caribbean…. ngeh2…
zaryl´s last blog ..Windows 7 Home Premium, Akhirnya Yang Tulen…
Tulah bro.. bukan orang taknak guna ori tapi sebab harga tu agak “keterlaluan” bagi orang2 yang miskin terutamanya cam student2 tu.. mana mampu bro.. huhu..
hmm.. ye tak ye gak haha.. microsoft takde lak kluarkan harga istimewa mcm microsoft office eh?
[...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Arkib: Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen http://is.gd/bDrnm #zaryldotcom [...]
aku pakai seven dah lama gile.. sejak awal lagi.. tak pernah kene plak ape2.. auto update sentiasa on.. lanun gak ni.. hehe.. lanun best
wah. beruntung la kalau tak jadi apa2 hal.
nasib aku agaknya… mcmana pun kena la aku guna ori punya sbb susah nk buat keja kalau asyik terpadam je
Salam…..
Aku dtg lg. Kali ni memang dah guna windows7 ultimate versi lanun kot.walaupun hanya sah utk 1 bln tp ada student IT tlg matikan tarikh tersebut, ciptaan mereka sendiri. Alhamdulillah, ok. Sungguh jimat!!!
Iza´s last blog ..Awas!!! Ancaman Virus.
jimat? memang la… harap takdak jadi apa2 masalah bila guna
Arkib: Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen http://is.gd/bDrnm #zaryldotcom
Arkib: Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen http://is.gd/bDrnm #zaryldotcom