12
Zarif Ikhwan bersama ibunya...
Image by zaryl via Flickr

Salam sejahtera.

Apa yang aku tulis ni mungkin terlalu emosi untuk dibaca dan dibuat rujukan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang membaca, berhati-hatilah apabila mencari pengasuh atau penjaga bayi.

Di zaman ini, terutama ibu dan bapa yang bekerja di bandar amat sukar jika hendak mencari pengasuh anak. Beruntung jika majikan menyediakan kemudahan taska kepada pekerja mereka. Jika tidak, ibu bapa perlu mengambil inisiatif mencari sendiri pengasuh.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kes-kes yang melibatkan pengasuh seperti kematian, penderaan dan sebagainya. Memang itu yang selalu dijadikan tajuk berita sama ada di television, radio dan surat khabar.

Apa yang ramai tidak sedar di sebalik ancaman yang tergolong dalam kategori jenayah,  ibu dan bapa yang sedang dan ingin mencari pengasuh bayi juga perlu berhati-hati dengan pengasuh yang tamak, tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati.



Apa yang perlu diberi perhatian jika ingin menghantar anak ke pengasuh ialah:

  1. Berjumpa dengan pengasuh yang ingin diupah secara 4 mata (jangan hanya melalui telefon atau melantik wakil) dan berbincang. Pastikan tingkahlaku dan sikap pengasuh tersebut. Kenalpasti kualiti sebagai pengasuh, ambil masa untuk membuat keputusan.
  2. Jika sudah bersetuju, perjanjian dari segi upah dan tempoh jagaan perlu dibuat secara hitam dan putih (bertulis). Jangan sesekali secara lisan semata-mata. Penipuan mungkin boleh berlaku, pengasuh juga manusia dan mungkin akan mengambil kesempatan.
  3. Kebersihan tempat asuhan (rumah pengasuh atau pusat jagaan) perlu dititik beratkan. Kebersihan mencerminkan akhlak. Kalau rumah pengasuh bersepah macam tempat buang sampah, mahu ke anak membesar dalam persekitaran begitu?

Artikel ini bagi aku cuma sebagai medium untuk aku melepaskan geram. Walaupun aku berterima kasih kepada pengasuh anak aku yang menjaga anak aku selama lebih setahun, aku sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya yang mementingkan diri dan wang semata-mata.

Mungkin ada kesilapan pada pihak aku juga tapi apa sekalipun sepatutnya boleh dibawa berbincang. Yang aku bencikan bila aku dan isteri diugut. Pertama kali masih boleh aku terima tetapi kali kedua aku sudah hilang sabar. Berdepan dengan kesukaran mencari pengasuh lain dalam masa terdekat, aku diugut supaya tidak lagi menghantar anak kepada pengasuh tersebut secara tiba-tiba tanpa tangguh lagi. Bagi pihak pengasuh sememangnya tiada masalah tapi pihak aku?

Sedikit fakta tentang pengasuh Zarif Ikhwan:

  • Tempoh jagaan 11.30 pagi sehingga 6.45 petang.
  • Sabtu dan Ahad tidak dibenarkan.
  • Upah sebulan RM270 (bayi bawah 6 bulan) dan RM250 (tiada had umur)
  • Cuti sekolah (Isteri – Aziey seorang cikgu) upah masih perlu dibayar tidak kira berapa lama cuti dalam sebulan.

Antara yang ditimbulkan pengasuh:

Pengasuh: ” Aziey cuti sekolah, gaji dibayar tak?

Persoalan 1: Jika cikgu masih perlu kerja (ke sekolah) 2 kali sebulan setiap hari Sabtu. Kenapa pengasuh tersebut tidak boleh mengasuh pada hari Sabtu jika inginkan upah yang sama?

Persoalan 2: Jika diambil kira tempoh bekerja dalam sehari seorang guru dan masa cuti sekolah yang diperuntukkan setiap tahun, adakah pegawai kerajaan lain dengan gred yang sama sepatutnya merungut bila gaji yang diterima berbeza?

Maafkan aku dengan emosi yang jelas ketara. Aku sudah cuba menahan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Pendapat dan cadangan amat aku alu-alukan… terima kasih.

Enhanced by Zemanta
Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

12 Responses so far

  1. Mencari pengasuh bayi? Berhati-hati! | Zaryl Dot Com…

    Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kes-kes yang melibatkan pengasuh seperti kematian, penderaan dan sebagainya. Memang itu yang selalu dijadikan tajuk berita sama ada di television, radio dan surat khabar….

  2. iza azilas.blogspot.com says:

    Salam…

    Belum dapat cari pengganti lg ke?
    Kesiannya….aku prihatin, nk tolong,jauh sgt…
    Byk2 la bersabar.

    http://azilas.blogspot.com/2010/07/tips-ghairah-untuk-si-gadis.html

  3. azizan4444 azizankadir.com says:

    mmg susah nk jmpa yg btol2 ikhlas nak jaga..bukan semata2 kerana gaji..setakat ni 5 org bdk pernah mak aku jaga..

    bila penjaga tu ikhlas,tuan punya anak pun x tergak2 nk bayar lebih..utk anak dorang jgk..

    • zaryl naxrie says:

      betul! sbg contoh…
      penjaga anak kawan aku jiran sebelah rumah
      memang bagus sebagai pengasuh.
      rumah bersih, tidak berkira sangat.
      kalau aku pun tak kisah nak bayar lebih.
      bila diingat balik pengasuh lama anak aku…
      geram masih ada lagi.. huh

  4. ishak ishakhasimi.com says:

    susah nak carik pengasuh bayi time ni betul 2 susah gila tak tahu macamana..abang aku terpaksa bayar rn 250 sebulan untuk hantar anak ke nursery

    • zaryl naxrie says:

      bayar tu tak kisah bagi aku bro. RM250 kira ok gak la.. yg penting servis kena bagus.

      kalau rumah lintang pukang, jaga sekerat hari tapi minta upah yang sama mcm pengasuh lain yg jaga full day, rumah bersih je aku anggap sedikit melampau. ;)

  5. MokhZam mokhzam.com says:

    lagi bagus kalau dapat cari pengasuh yang jaga tidak terlalu ramai budak2…kalau ramai sangat tumpuan untuk jaga tu dah kurang…jadi lebih kepada keuntungan semata2…

  6. kak maz says:

    Ada pengasuh yang ikhlas nak jaga. Bayi nak dibuat teman. Kak ni kerja lagi. kalau dah pencen nak juga jaga pengasuh bayi. Full time pun tak apa. seronok jaga bayi tau..

Leave a Comment





CommentLuv Enabled