Kalau dulu ketika masih muda remaja; belum menganggap diri tua walaupun kini tidak setua pakcik dan makcik sekalian.
Di zaman persekolahan rendah, menengah terutamanya, aku dan rakan-rakan yang rapat di sekeliling punya banyak persamaan biar ada juga sedikit berbeda. Mungkin juga pakcik dan makcik semua juga begitu. Sikap dan perangai yang adakalanya mendapat pujian sekampung adakalanya tak senonoh langsung, kegiatan seharian berkumpul, mandi sungai, main ‘parit gila’, panjat pokok sana dan sini, berbasikal berbatu-batu hanya untuk lupa tentang sebab kenapa berbuat sebegitu kemudiannya, beramai-ramai serbu kedai ‘auntie’ main PS, melepak di rumah rakan-rakan main buat bising main gitar cabuk dan macam-macam lagi. Niat hati hendak bercerita lebih panjang. Bila memikirkan pakcik dan juga makcik sekalian pun perangai macam tu jugak jadi sendiri harap kenang-kenangkanlah kisah silam masing-masing ye.
Nostalgianya, kini 15-20 tahun kemudian. Bila rakan-rakan dah membawa haluan masing-masing. Kenangan sewaktu dulu masih terbayang lagi. Indah dan hebatnya waktu itu selalu buat aku tersenyum sendiri. Imaginasi dan perangai ‘gila-gila’ yang masih berbaki dalam diri buatkan aku selalu juga membayangkan kembali ke musim itu. Betapa seronoknya…
Angan-angan masa dulu… alhamdulillah biarpun aku juga kehilangan sesuatu yang berharga dalam proses mengecap nikmat hidup, perjalanan aku boleh juga dibanggakan. Sudah resam ada yang berjaya dan ada yang terkandas. Begitu juga rakan-rakanku. Walau kini semakin susah untuk masing-masing bertemu tidak seperti dulu, perkembangan rakan-rakan selalu juga aku perhatikan. Dengan kebanggaan aku bercerita kepada isteri tentang mereka. Tentang kejayaan yang mereka kecapi. Tentang perjalanan hidup mereka yang lancar meniti puncak. Bayangan kenakalan masa dulu berbanding kehebatan mereka kini seringkali buat aku tersenyum tanpa sedar.
Yang dikatakan kehidupan sentiasa berubah. Ada yang baru dan yang lama berlalu pergi. Muncul orang baru dan kehilangan yang lain adalah lumrah. Hidup perlu diteruskan selagi ada nafas. Harapan aku cuma dapat terus melihat keindahan dunia dan perjalanan manusia-manusia di sekelilingku selagi diizinkan Allah. Dan selagi itu aku akan terus berimaginasi untuk kembali ke sana semula, mengenang masa-masa silam…
Maaf aku sedikit melayan emosi hari ni. Entri pun lintang pukang. Isteri dan anak ada di kampung. Sunyi dan sepi je aku rasa kat umah.
![]()
Luahan emosi ini rentetan jemputan perkahwinan yang aku terima semalam. Tanhiah Encik Saiful Adli Bin Suhaimi dan Cik Hasnita Binti Hamdan. Sudi kalian datang sendiri ke rumah menyerahkan kad undangan amat aku hargai. InsyaAllah aku akan sertai majlis meraikan perkahwinan kamu nanti. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…








Street Fighter – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Memang Tak Makan Saman
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?
[...] This post was mentioned on Twitter by zaryl, zaryl. zaryl said: Zaryl Dot Com Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup http://is.gd/5dJw3 [...]
Weh gila aku terharu weh. Terima kasih byk2 la sebab sudi layan aku semalam. Deja teringat masa p mandi sungai pak ayen mai cari. Hahahaha celapak lari
haish. sorang lagi kawan aku nk kawen.
mana tau nnt jadi mcm kita dok sembang dulu.
bawak anak pi gunting rambut, beli baju skolah.
huhu… dah makin tua kita no
Dari kad undangan perkahwinan, terkenang masa muda remaja yang indah belaka | Zaryl Dot Com…
Nostalgianya, kini 15-20 tahun kemudian. Bila rakan-rakan dah membawa haluan masing-masing. Kenangan sewaktu dulu masih terbayang lagi. Indah dan hebatnya waktu itu selalu buat aku tersenyum sendiri. Imaginasi dan perangai ‘gila-gila’ yang masih berbak…
Dari kad undangan perkahwinan, terkenang masa muda remaja yang indah belaka | Zaryl Dot Com…
Nostalgianya, kini 15-20 tahun kemudian. Bila rakan-rakan dah membawa haluan masing-masing. Kenangan sewaktu dulu masih terbayang lagi. Indah dan hebatnya waktu itu selalu buat aku tersenyum sendiri. Imaginasi dan perangai ‘gila-gila’ yang masih berbak…
sekarang ni banyak giler kad kawen kat rumah aku… hohoh macam2 patern.. rasa cam teringin nak kawen je.. hohoho
cukup syarat nikah xdehal topo… jalan je
mandi sungai, terjun tiruk tuuu…
sapa yg terjun tiruk tu? kakjie ke dulu?
haha
besa la bila teringat kenangan dulu masa budak2…
la ni kwn2 semua masing2 ada yg nk kawen dah.
yg tambah anak pun ada. tambah bini selalu dirahsiakan.. hehe
theme ni ok la zaryl
thanks.
haha, tak leh jadi ni. mak oi, tolong kawenkan aku. hehe
hehe. ttiba je ko ni bro. lek la.. hehe
tapi mmg rugi pun klau lewatkn kawen.. dh ready trus jalan je
haha, study pun tak abis lagi ni. mati la. haha
kenangan silam memang sukar untuk dilupakan, bila diimbas semula kadang2 terlalu indah untuk dikenang, kadang2 terlalu perit untuk dilupakan. Tatkala itulah, titisan air mata sekalipun tidak dapat menahan rasa hiba itu.. timbulnya keinsafan apabila tersalah perilaku. menyesal pun tidak beguna lagi kerna ia sudah pun berlaku.. tika itu mulalah terfikir.. alangkah baiknya kalau aku dapat buat macam ini.. supaya tidak ada kesan kelukaan itu..kalau lah masa boleh diputar kembali.. tidak mungkin akan berlaku.. seronoknya aku masa kecil dahulu.. ingat nak main jek.. main tuju kasut, main kejar2, sembunyi2.. rindu pulak rasanya suasana itu.. kenapa budak2 zaman sekarang dah tak main permainan macam itu? budak2 zaman sekarang suka main game, ps2 lg.. hehe
jgn kata budak2.. ingat nk sambar PS3 dalam masa terdekat ni..
layan wooo
uithhh, marah ke komen panjang2 haha.. sy tak sempat lagi nak main ps2 ke.. apalagi ps3.. adeh
hish. mana de marah lak

komen la panjang mana pun… sentiasa dialu-alukan
PS3 datang sbg pakej. leh main game.
leh spend time dgn anak isteri (berbanding abihkn masa dgn pc)hehe
leh layan blueray disc ganti dvd player cabuk hoho
pendek kata all in one lah.. hehe
Arkib: Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup http://is.gd/cgJHf #zaryldotcom
Arkib: Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup http://is.gd/cgJHf #zaryldotcom