Masih Mencari Domain Yang Sesuai?

Posted March 2nd, 2010. Filed under Tools & Designs Tutorials

Salam sejahtera semua.

Pada yang belum pernah mengikuti tutorial ‘menarik’ berkenaan Apa Itu Domain Dan Hosting, rugi sebenarnya hehe sebab kali ni aku nak memperkenalkan 2 online tools untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan kehendak masing-masing. Kira ni macam sambungan la.. jadi tak perlu kot nak ulang apa pentingnya domain kepada mereka yang inginkan blog atau laman web yang sukses dan hebat.. huhu

Untuk kali ni, aku pilih 2 tools yang terbaik dan mudah untuk digunakan sesiapa saja waima budak tadika sekalipun. :mrgreen:

Read the rest of this entry »

Projek Khas, Model Dikehendaki.

Posted February 27th, 2010. Filed under Films & Photography

Salam semua.

Pertamanya ingin aku maklumkan bahawa aku bukan dikalangan mereka yang digelar profesional dalam bidang fotografi. Aku tidak pernah bergerak aktif walaupun kadang kala aku juga mengambil upah sebagai jurugambar perkahwinan. Sekadar outing sekali sekala dan table talk dengan rakan-rakan sealiran tu adalah…

Aku juga sekiranya ada masa terluang menyiapkan custom album untuk kawan-kawan yang bergelar jurugambar walaupun aku tak pernah pun belajar Adobe Photoshop dan Lightroom secara formal. Walaupun begitu alhamdulillah minat aku terhadap seni fotografi sebagai hobi semakin tersemai dan tumbuh dengan konsisten sesuai dengan pembahagian masa aku dengan kerja hakiki.

Contoh model yang bergaya. Bakat yang terpendam jangan lagi disimpan

Berbalik kepada tajuk asal entri ini, aku dan rakan-rakan ingin mencari sesiapa yang sudi menjadi model wanita untuk projek terbaru kami nanti.  Bukan dari kalangan model yang dah biasa muncul di kaca tv atau mana-mana billboard, cuma wajah baru di kalangan kamu semua yang mempunya ciri-ciri wanita melayu. Antara syarat-syarat mudahnya:

Read the rest of this entry »

Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara

Posted February 22nd, 2010. Filed under Politics & Socials

Sebentar tadi sempat aku layan dvd filem Invictus lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ni arahan Clint Eastwood,  salah seorang pelakon senior Hollywood yang mantap lakonannya kini bergelar pengarah filem antara yang hebat Million Dollar Baby. Tapi aku bukan nak buat entri pasal film review tetapi harapan dan inspirasi aku yang dari filem ni.

Read the rest of this entry »

Kita Mampu Merancang, Allah Jua Yang Menentukan…

Posted February 19th, 2010. Filed under Off-beat

Keluarga aku dalam proses menambah ahli. Berita yang memeranjatkan seterusnya menimbulkan 1001 macam perasaan bercampur baur pada mulanya akan tetapi di akhirnya lahir perasaan penuh kesyukuran kepada yang Ilahi kerana memberi rezeki yang tak putus-putus kepada kami sekeluarga, alhamdulillah…

imej ultrasound bayi dalam kandungan 6 bulan

Read the rest of this entry »