Baru-baru ni ada terbaca luahan hati Eddie berkenaan masalah kad kredit Maybank yang dihadapinya. Kali ni aku pun nak tumpang sekaki, juga berkaitan kad kredit Maybank.
2 tahun lepas isteri aku buat loan dengan Maybank untuk pembelian sebuah kereta. Bermula saat itu, Maybank akan menghantar penyata akaun kad kredit entah dari mana muncul.
Fakta-fakta berkaitan:
- Dalam penyata tersebut tertera 2 jenis kad kredit iaitu Visa Petronas Gold dan Mastercard Classic.
- Had kredit untuk kedua-dua kad tersebut adalah RM6,000.00
- Isteri aku tak pernah memohon sebarang kad kredit dari Maybank.
- Walaupun dinyatakan dalam penyata, kad-kad tersebut tidak pernah dikutip di mana-mana cawangan jadi tidak pernah diaktifkan (jika kad itu wujud sekalipun)
Kemudian muncul pula notis dari Maybank minta dijelaskan bayaran tertunggak kad-kad kredit ‘hantu’ seolah-olah kad-kad tersebut telah aktif.



