Assalamualaikum.

Bagi blogger yang menggunakan hosting sendiri (wordpress) sudah biasa dengan plugin berkaitan twitter. Selalunya untuk mempromosikan artikel mereka. Berdasarkan pengamatan aku, blogger yang menggunakan blogspot jarang sekali meletakkan fungsi twitter dalam blog masing-masing. Ini adalah satu kerugian.

Twitter Button

Walaupun ada yang meletakkan fungsi yang sama dari Facebook (like button) apa salahnya mempelbagaikan cara supaya pengunjung yang membaca artikel di blog diberi pilihan untuk menyebarkan mana-mana artikel yang mereka suka (atau sebaliknya).

Read the rest of this entry »

Alhamdulillah, petang ini aku dan keluarga, adik serta kakak dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa.

Semasa mak masih ada, kami yang merantau di Kuala Lumpur akan pulang ke kampung setiap kali tiba bulan puasa untuk bersama-sama berbuka tapi sudah 3 kali ramadhan semenjak mak dipanggil menghadap Ilahi, kami hanya berbuka bersama-sama antara kami… Serinya semakin hilang.

* Juadah kali ni macam untuk 10 orang makan, harapnya mampu dihabiskan, kalau tak simpan untuk sahur ;)

Web: pixeltrigger.com
Blog: zaryl.com
Liveblog: zariel.net

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Semenjak dulu selalu dengar dan baca aduan tentang betapa sibuknya guru dengan kerja dan tugas mereka. Melayan kerenah murid-murid yang sedikit bebal, tak senonoh dan ada yang kurang ajar. Berhadapan pula dengan ibu bapa yang banyak songeh, terlalu cerewet sehingga guru pun nak disekolahkan. Belum cerita penatnya kat rumah lagi.

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

Sumber: Berita Harian Online, 27 Julai 2010

Begitulah rentak institusi persekolahan di Malaysia. Kebenarannya, politik sentiasa subur dalam diri setiap guru terutamanya kebanyakkan guru besar (pengetua) dan juga guru-guru kaki bodek. Kasar bunyinya? Siapa yang cakap kebenaran sentiasa halus murni?

Antara senario ‘luar biasa’ bila politik dalaman diamalkan sesetengah guru adalah:

Read the rest of this entry »

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak