14

Reflections WordPress Theme. Photos Of You Life

Posted April 15th, 2010. Filed under Themes

screenshot1 Reflections WordPress Theme. Photos Of You LifeAku berbangga.. ~cheeewah! hehe untuk memperkenalkan satu lagi keluaran Zaryl Dot Com iaitu sebuah  tema WordPress yang diberi nama Reflections. Ini berikutan ‘dendam’ ketidakpuasan hati mengenangkan tema yang dilancarkan tempohari di bawah standard yang aku tetapkan.. :mrgreen: untuk melepaskan geram aku godam seketul lagi supaya aku dapat tido malam dengan nyenyak haha

Tema kali ni lebih sesuai untuk pengguna memaparkan koleksi gambar-gambar untuk dipertontonkan kepada khalayak umum sama ada untuk galeri atau liveblog. Tema yang mudah digunakan, ringkas dan sedikit ciri-ciri elegan ~hehe dengan beberapa keistimewaan seperti berikut:

  • Seperti tutorial aku yang lalu berkenaan bagaimana untuk Kongsi Dan Sebarkan Artikel Tanpa Plugin, untuk tema ini aku sudah siapkan sekali kod-kod yang perlu jadi korang tak perlu lagi susah payah pening kepala. Amacam cun? hehe
  • Aku gunakan Cufon sebagai menggantikan font yang kebiasaan digunakan. Lebih cantik dan kemas. Tak gitu?
  • Seperti biasa, menyokong threaded comments. Cuma perlu aktifkan di Setting >> Discussion >> Enable threaded (nested) comments.

Sebagai cadangan:

  • Lebih sesuai untuk menetapkan maksimum 1 halaman sahaja supaya tidak berjela-jela untuk scroll ke bawah. Walaupun aku boleh jadikan hanya 1 halaman dipaparkan secara default, aku rasakan nanti hanya mengekang kreativiti korang je. Jadi aku serahkan saja kat korang nak guna macamana eh… Cuma bagi aku itu lebih cun! ;)
  • Aku tidak mengaktifkan Sidebar (di bahagian bawah) tetapi jika korang nak gunakan jugak Sidebar, cuma perlu buka halaman Editor >> Main Index Template (index.php) dan scroll ke bawah sehingga penghujung kod tertera <?php get_footer(); ?> Sudah jumpa? Salin kod <?php get_sidebar(); ?> dan paste sebelum kod di atas. Siap!

Maaflah kalau ayat sedikit berterabur. Harap tak ada yang tak faham :) Maklumlah aku nak siapkan hari ni jugak jadi aku tahan mata yang dah mula mengantuk. Kalau ada sebarang masalah bagitau la jangan simpan. Kalau aku mampu tolong insyaAllah aku tolong.

Lihat demo atau muaturun, percuma aje…

Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

14 Responses so far

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie and zarylnaxrie, zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Zaryl Dot Com Reflections WordPress Theme. Photos Of You Life http://is.gd/bsIdN [...]

  2. Another elegant Photofolio WordPress theme and it’s free! | Zaryl Dot Com…

    Tema WordPress kali ni lebih sesuai untuk pengguna memaparkan koleksi gambar-gambar untuk dipertontonkan kepada khalayak umum sama ada untuk galeri atau liveblog. Tema yang mudah digunakan, ringkas dan sedikit ciri-ciri elegan….

  3. Mr.Bintang sibintang.com says:

    kalau gambar tu.. selitkan skali dengan code highslide or yg sewaktu dgnnye kan best… :P

  4. Haziq mestimau.com says:

    boleh cedok ni:)

  5. topo cisdel.com says:

    ala.. sidebar manual ke…

    • zaryl says:

      aku sebenarnya nak letak image slider dicekup dari post
      tapi maleh nak sesakkn kepala coding..lgpn lebih ringkas
      kalau mcm ni aje.. haha

      alaa.. kacang je nk letak kod sidebar tu topo.. mcm tak
      reti.. hehe

  6. Kreuger azmanishak.com says:

    rajin betoi la buat template.
    aku haram sampai sekarang ni tak
    pandai nak buat template sendiri.
    uh jelesnyeee

    • zaryl says:

      sementara tengah ada masa ni aku merajinkan diri la bro.. hehe
      sbb ko kurang minat kot..
      klau minat mmg laju je tgn
      apapun dh tak peduli haha

  7. Hugh mchuge.net says:

    would love a demo button in english

  8. [...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie, zarylnaxrie. zarylnaxrie said: tema wordpress percuma. http://bit.ly/dcQv4F –> utk blog http://bit.ly/d2ZtPD –> utk foto [...]

Leave a Comment





CommentLuv Enabled