20

Kenapa setiap kali timbulnya kes-kes seperti buang bayi, seks bebas dan yang sewaktu denganya, pasti remaja dipersalahkan? Kenapa perbuatan maksiat seperti itu selalunya dikaitkan dengan remaja?

Di sebuah sekolah di Petaling Jaya, terdapat satu kes di mana beberapa pasangan murid lelaki dan perempuan kantoi setelah salah seorang guru terdengar perbualan  mereka tentang seks. Selepas siasatan lanjut dilakukan, murid-murid sekolah rendah tersebut mengaku ‘bermain rogol-rogol’ ilham dari perbuatan ibu bapa mereka sendiri.

Akhbar Berita Harian hari ni, ada satu artikel bertajuk…

Takut, malu punca remaja buang bayi – 2010/07/02

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang.

“Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.

“Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu.

“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok,” katanya.

- Berita Harian Online

OPTIONAL ADS LINK

Memang peratusan dalam statistik yang dikeluarkan PDRM tu ‘memihak’ kepada golongan remaja tetapi kebenarannya bukan remaja sahaja yang terlibat dengan maksiat dan perbuatan-perbuatan keji, golongan dewasa juga sama naiknya malah mungkin lebih ‘hebat’. Atau ada yang tak percaya? :roll: Apa yang membezakan adalah golongan remaja yang terlibat dengan seks bebas, buang bayi yang tak berdosa dan banyak lagi jenis maksiat lain kebanyakkannya:

  • kurang cerdik
  • mudah panik
  • tidak matang
  • nafsu selalu mengatasi akal
  • tidak berpengalaman

Manakala golongan dewasa yang melakukan maksiat kebanyakkannya:

  • berpendapatan sendiri
  • lebih berpengalaman
  • lebih matang
  • pandai buat pandai simpan

Aku bukan menyokong kemaksiatan. Cuma sedikit perasaan meluat bila hanya pihak tertentu diperhatikan, yang lain tidak dipersalahkan. Undang-undang perlu dibuat dan dikuatkuasakan tanpa membezakan golongan pesalah. Apa pendapat korang?  Seks Bebas Dan Kes Buang Bayi Di Malaysia, Bukan Hanya Remaja

Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

20 Responses so far

  1. Luth Textile luthtextile.com says:

    ya ya btol2. nasib baik tak main rogol2 dgn cikgu. bicara tanpa hukum mna2 golongan kan ok
    Luth Textile´s last blog ..Fifa World Cup 2010 – Gila bola dan Brazil KalahMy ComLuv Profile

  2. x-po mohdhafizuddin.com says:

    sudah tiba masanya hukum islam dilaksanakan…

  3. MrNamie mrnamie.blogspot.com says:

    a ah.. apa yg jadi isu skang ni cuma benda yang nampak je..sebenarnya byk lagi yang masih tersirat.. entry kita lebih kurang lak dengan yang . hehe

    • zaryl naxrie says:

      selalu kita amik jalan yg mudah walaupun tahu jalan tu tak selesaikan masalah pun… pendidikan seks la, OrphanCare tempat buang bayi tu la… haish… entah la :sad:

  4. Thoha layarsukses.com says:

    jika perkara maksiat ini terus dibiarkan tanpa anda tindakan serius tak tahu la bagaimana generasi akan datang nanti..semoga gejala ini akan dapat dibendung..

    • zaryl naxrie says:

      generasi akan datang yang amalkan seks bebas seterusnya melahirkan anak luar nikah boleh gunakan kemudahan OrphanCare, tiada sebarang tindakan akan diambil :roll:

  5. Wan Perlis wanperlis.com says:

    setiap bulan dengan bayi kena buang
    dah jadi mcm trend

  6. Seks bebas dan kes pembuangan bayi, bukan sekadar remaja patut dipersalahkan. | Zaryl Dot Com…

    Di sebuah sekolah di Petaling Jaya, terdapat kes beberapa pasangan murid lelaki dan perempuan kantoi setelah seorang guru terdengar perbualan mereka tentang seks. Selepas siasatan, murid-murid sekolah rendah tersebut mengaku ‘bermain rogol-rogol’ ilham…

  7. azizan4444 azizankadir.com says:

    bnda2 cmni anak2 ley terpngaruh drpada ibu bapa..xkan ibu bapa xley pengaruh anak mereka utk bnda2 yg baik kn?..

  8. MokhZam mokhzam.com says:

    budak2 sekarang memang betul berbeza dari yang dulu..bukan salahkan pendedahan tapi terlalu banyak sangat pendedahan yang berlebihan..

    • zaryl naxrie says:

      hehe… pengaruh tv yang paling kuat bro… aku klau boleh x tgk filem yg ada adegan ‘panas’ atau ganas masa anak aku belum tido, takut terpengaruh :mrgreen:

  9. ishak ishakhasimi.com says:

    bila ahli politik dah menentang hukum islam susah nak melaksanakannya sekarang ,agak sedih gak lah

  10. aisYa says:

    bukan pendidikan seks yang prlu diajar..lg bnyak kes pmbuangan bayi yg x b’dosa..ttapi perlu diajar tntang hukum Allah yang dah ditetapkan didalam al-quran..ingt lah..!!kmu akan ditanya”??? ??? ????? atas dosa apa mereka dibunuh..?klu mampu untuk mghadapi neraka Allah..teruskan lah perbuatan terkutuk yg dilaknat oleh Allah..

    • zaryl naxrie says:

      betul. ada cadangan (lupa dari siapa) supaya jadikan subjek pendidikan Islam sebagai subjek wajib dlm exam kat sekolah dan IPT. satu cadangan yang bernas. nak taknak kena belajar tentang agama walaupun nak buat jahat ni yg berilmu agama pun ada, sekurang-kurangnya bukan kerana kejahilan

Leave a Comment





CommentLuv Enabled