Sebentar tadi sempat aku layan dvd filem Invictus lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ni arahan Clint Eastwood, salah seorang pelakon senior Hollywood yang mantap lakonannya kini bergelar pengarah filem antara yang hebat Million Dollar Baby. Tapi aku bukan nak buat entri pasal film review tetapi harapan dan inspirasi aku yang dari filem ni.
Sedikit sinopsis paling ringkas mengenai filem ini…
Berdasarkan kisah benar mengenai Nelson Mandela yang pernah dipenjara selama 27 tahun dalam bilik penjara yang sempit disebabkan oleh persengketaan orang kulit hitam dan putih dengan dasar apartheid kemudian telah dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan melalui pilihanraya.
Aku hanya mengenali Nelson Mandela melalui berita kaca tv sebelum ni. Tak pernah bersembang apatah lagi bersua muka
tetapi dengan filem ini baru aku kenali siapa itu Nelson Mandela dan kenapa ada yang membenci dan ada yang yang menyanjungi beliau.
Hendak diceritakan satu persatu tentang sikap yang aku rasa patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kita memang panjang berjela-jela entri ni. Cuma yang aku tekankan, sikap merendah diri dan tumpuan beliau terhadap pembangunan negara amat aku kagumi.
Apa sekalipun yang dilakukan bertujuan untuk negara beliau. Bukan kerana ingin mengumpul harta, inginkan pengaruh supaya kehidupan lebih senang ataupun sekadar tamakkan kuasa semata-mata. Dari negara yang berpecah-belah dan mundur, beliau mampu menaikkan semula Afrika Selatan di mata dunia dengan kebolehan akal fikiran dan sifatnya yang tidak mudah mengalah.
Sembang banyak pun tak guna, aku sarankan korang layan filem ini. Pendapat aku dalam entri ni pun berdasarkan filem Invictus. Sepertimana korang baca di atas, aku memang tidak pernah kenal secara rapat dengan Nelson Mandela apatah lagi beliau nak kenal aku tapi melalui filem ini cuba korang hayati liku-liku hidup seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat ni.. kemudian bagi pendapat korang
“I was thinking how a man could spend thirty years in prison, and come out and forgive the men who did it to him..” – Francois Pienaar







Street Fighter – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Memang Tak Makan Saman
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?
pemimpin sejati mempunyai karisma yg luar biasa ..
tak ramai yg ada karisma sedemikian .. bnyk yg ada kepentingan jer :p
hydir´s last blog ..10 Tanda Anda Dah Tua walaupun hakikatnya anda masih muda!
huiyoo.. belum apa2 dh komen bro. pantas sekali haha
karisma.. ramai pemimpin kita yang tak mempunyainya. ramai pulak yg bercita-cita jadi pemimpin tanpa kebolehan memimpin
bab berucap kaw kaw punya.. opps! shhh… bahaya nih
Aku rindukan pemimpin yang berjiwa rakyat, bukan untuk kepentingan sendiri semata-mata… | Zaryl Dot Com…
Aku hanya mengenali Nelson Mandela melalui berita kaca tv sebelum ni. Tak pernah bersembang apatah lagi bersua muka tetapi dengan filem ini baru aku kenali siapa itu Nelson Mandela dan kenapa ada yang membenci dan ada yang yang menyanjungi beliau….
Aku rindukan pemimpin yang berjiwa rakyat, bukan untuk kepentingan sendiri semata-mata… | Zaryl Dot Com…
Aku hanya mengenali Nelson Mandela melalui berita kaca tv sebelum ni. Tak pernah bersembang apatah lagi bersua muka tetapi dengan filem ini baru aku kenali siapa itu Nelson Mandela dan kenapa ada yang membenci dan ada yang yang menyanjungi beliau….
aku suka movie good will hunting dia dulu. hehe yg neh belum tengok lagi

KNizam´s last blog ..Pengalaman Anda Yang Berharga Itu, Jika Tidak Dicoret Dimana-mana, Akan Hilang Ditelan Zaman, Tinggal Kenangan, Tanpa Kuburan
aku sarankan ko layan filem ni bro.. banyak inspirasi leh dpt bila tgk gaya Mandela uruskan negara
good will hunting mmg best pun.. berat dgn mesej filem tu.. kalau sapa yang tak suka filem ‘berat’ susah skit nk faham cerita hehe
zaryl´s last blog ..Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara
pemimpin adalah org yg mengutamakan orang bwahan/rakyat lebih dr sendiri. aku belum tgk lg cite ni..kena tgk..klu matt damon blakon bez2..hehe
azizan4444´s last blog ..Perempuan Itu Calon Kedua
haha.. betul sekali ayat ko tu. dh namanya pemimpini kan?
tp berapa kerat je yg mcm tu kat Malaysia? huhu
Matt Damon punya lakonan mmg best. Paling aku suka siri filem Bourne tu.. hoho
zaryl´s last blog ..Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara
[...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Arkib: Sikap Yang Patut Dicontohi Pemimpin Negara http://is.gd/bFzL2 #zaryldotcom [...]
semua pemimpin ada baik buruknya, yang kita perlu cari yang lebih banyak baik dari buruk.
tentang cerita invictus tu, yup citer tu memang best.. nelson pun yela dia boleh dikatakan pemimpin yang hebat, tapi tak bermakna tiada negatifnya.. tapi kita just perlu tengok yang baik dan amik iktibar
bagi aku pemimpin yang paling layak adalah pemimpin yang bila dia amik jawatan, hidupnya menjadi perkara yang second ataupun third, dia menyenangkan orang yang dipimpin dan bukanya menyenangkan hidupnya.
kesimpulanya, pemimpin ni bukanlah jawatan tapi beban, bila ia jawatan, orang akan amik sebab dia akan benefit diri dia.. tapi klau dianggap sebagai beban, dia tidak utamakan kesenagan dia, tapi untuk membawa beban yang diamanakan demi kepentingan orang lain.
tapi percayalah, dunia sekarang susah nak cari camtu, apa yang kita mampu buat cari yang paling sikit negatifnya.
memang susah nak cari pemimpin yg benar-benar telus dan jujur untuk memimpin.
harap sifat positif dimiliki Nelson boleh dijadikan ikutan pemimpin kita. yg negatif tu mungkin awal2 lg pemimpin kita dh ada