Tron Legacy (2010) Movie Review

Posted April 18th, 2010. Filed under Films And Photography

Seperti biasa hari Ahad biasanya tiada sebarang aktiviti ‘melampau’ kecuali tidur seharian jika blogger bujang atau berjalan-jalan bersama-sama keluarga bagi yang dah berumahtangga.

Kali ni nak buat entri ringkas berkenaan filem Tron Legacy a.k.a. Tron 2.0, sambungan kepada filem Tron yang dibikin pada tahun 1982 arahan Steven Lisberger berkisar tentang hero iaitu lakonan Jeff Bridges sebagai Kevin Flynn seorang jurutera perisian berbakat besar di ENCOM, sebuah syarikat perisian dan permainan video.

Nak dijadikan cerita, Kevin telah berjaya mencipta sejenis permainan yang unik tetapi kemudiannya dikhianati oleh Ed Dilinger, seorang pengaturcara yang tamak. Ed telah mencuri ciptaan Kevin dan mengistiharkan dia sendiri sebagai pencipta permainan video tersebut.

Untuk mencari keadilan, Kevin cuba menggodam sistem ENCOM dan mencari bukti kejahatan Ed tapi tidak berjaya. Langkah terakhir, Kevin memasuki makmal ENCOM untuk mengorek bukti yang ada. Malangnya di dalam makmal tersebut terdapat sejenis alat yang dibangunkan khas untuk mendigitalkan sebarang objek nyata ke dalam komputer telah digunakan terhadap Kevin lalu bermulalah pengembaraan Kevin di alam digital yakni komputer.

tron1 776x1024 Tron Legacy (2010) Movie Review

Tron (1982) Movie Poster

Read the rest of this entry »

Predators (2010) Movie Review

Posted April 4th, 2010. Filed under Films And Photography

Salam sejahtera.

Dunia online selalunya agak lembab bila masuk hari Sabtu dan Ahad. Masing-masing menghabiskan masa dengan keluarga atau keluar bersiar-siar setelah penat bekerja..

Untuk kali ini, saja gatal tangan nak menaip berkenaan filem terbaru dari Hollywood bertajuk Predators.

A bold new chapter in the Predator universe, “Predators” was shot on location under Rodriguez’s creative auspices at the filmmaker’s Austin-based Troublemaker Studios, and is directed by Nimrod Antal. The film stars Adrien Brody as Royce, a mercenary who reluctantly leads a group of elite warriors who come to realize they’ve been brought together on an alien planet… as prey. With the exception of a disgraced physician, they are all cold-blooded killers – mercenaries, Yakuza, convicts, death squad members – human “predators” that are now being systemically hunted and eliminated by a new breed of alien Predators.

Sila layan dulu videonya…

Read the rest of this entry »

Wahaha… panjang gila ah tajuk entri ni :lol: oppss.. maaf ye. Salam sejahtera semua…

Mungkin ada yang dapat meneka bahawa entri kali ni juga adalah termasuk dalam senarai entri untuk mengelakkan blog dari terus bersawang :mrgreen: Lantaklah. Yang penting aku ada sesuatu untuk bercerita dan berkongsi dengan kamu semua (semangat untuk menulis sedikit membara dengan artikel 8 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog) hehe.

Untuk pengetahuan kamu, aku ada memiliki koleksi beberapa DVD siri tv dan juga filem. Ada yang aku minat tapi banyak jugak yang aku tak layan. Aku ada terfikir untuk menganjurkan peraduan dan jadikan DVD tersebut sebagai hadiah cuma aku agak kurang idea tentang peraduan apa yang boleh aku anjurkan dan bagaimana dengan sambutannya?

Read the rest of this entry »