Assalamualaikum, salam sejahtera.
Ramai yang tak tahu blog ini dalam proses untuk kemaskini. Mungkin proses tersebut tidak nampak dengan mata kasar tetapi hakikatnya sedang ditingkatkan tahap kecekapan semaksima yang mungkin.
Antara langkah-langkah awal yang aku buat adalah dengan mengurangkan bilangan plugin yang digunakan dalam blog ini. Sebagai bukti sampingan boleh rujuk beberapa tutorial yang aku kongsikan sebelum ini seperti:
- 404 Error Page, Make It Useful
- Kongsi Dan Sebarkan Artikel Ke Laman Sosial Tanpa Plugin
- Tukar Default WordPress Gravatar Dengan Gravatar Buatan Sendiri
- Sebarkan Artikel Tanpa Menggunakan Plugin Twitter
- Jadikan Blog Sebagai Enjin Pencarian Dengan Google Search
Yang tinggal cuma beberapa jenis plugin penting seperti WP Super Cache dan Head Cleaner sebagai bantuan. Yang lain aku rasa boleh ditamatkan perkhidmatannya, cuma mungkin belum sampai ajalnya masanya. Lain kali la kot
Kemudian aku gunakan perkhidmatan CSS Compressor untuk memadat dan memantapkan lagi fail Cascading Style Sheet (CSS) dan aku sarankan pada yang belum supaya melakukan perkara yang sama.
Read the rest of this entry »


