Seperti biasa hari Ahad biasanya tiada sebarang aktiviti ‘melampau’ kecuali tidur seharian jika blogger bujang atau berjalan-jalan bersama-sama keluarga bagi yang dah berumahtangga.
Kali ni nak buat entri ringkas berkenaan filem Tron Legacy a.k.a. Tron 2.0, sambungan kepada filem Tron yang dibikin pada tahun 1982 arahan Steven Lisberger berkisar tentang hero iaitu lakonan Jeff Bridges sebagai Kevin Flynn seorang jurutera perisian berbakat besar di ENCOM, sebuah syarikat perisian dan permainan video.
Nak dijadikan cerita, Kevin telah berjaya mencipta sejenis permainan yang unik tetapi kemudiannya dikhianati oleh Ed Dilinger, seorang pengaturcara yang tamak. Ed telah mencuri ciptaan Kevin dan mengistiharkan dia sendiri sebagai pencipta permainan video tersebut.
Untuk mencari keadilan, Kevin cuba menggodam sistem ENCOM dan mencari bukti kejahatan Ed tapi tidak berjaya. Langkah terakhir, Kevin memasuki makmal ENCOM untuk mengorek bukti yang ada. Malangnya di dalam makmal tersebut terdapat sejenis alat yang dibangunkan khas untuk mendigitalkan sebarang objek nyata ke dalam komputer telah digunakan terhadap Kevin lalu bermulalah pengembaraan Kevin di alam digital yakni komputer.

Tron (1982) Movie Poster
Read the rest of this entry »