Masalahnya pada IP (Internet Protokol)

Posted August 1st, 2010. Filed under Off-beat

Sebuah jawapan kepada entri aku yang lepas. Kenapa aku tak boleh akses blog sama ada melalui browser atau ftp client sejak akhir-akhir ini?

Untuk makluman, dalam komputer ada juga aku install JDownloader sebagai membantu ketika aku nak muaturun sebarang fail dari internet. Perisian yang berguna dan mampu mempercepatkan proses muaturun.

JDownloader supports the introduction of a special configuration to avoid the waiting periods given in between downloads. It is based on a new IP assignment.

Read the rest of this entry »

Masalahnya Di Mana?

Posted August 1st, 2010. Filed under Campaign Off-beat

Assalamualaikum.

Semenjak beberapa hari lalu dengan secara tiba-tiba blog ni dan juga beberapa lagi blog yang aku selenggara tidak dapat di akses menggunakan pelayar Firefox dan juga Google Chrome. Malah turut gagal untuk akses melalui ftp (Filezilla).

Aku anggap sekali lagi penyedia hosting iaitu Cubiex mengalami gangguan bilamana lamanweb syarikat tersebut juga gagal diakses (menggunakan Firefox) termasuk blog-blog yang berkongsi hosting yang sama seperti blog Saudara Anarm.

Kemudian semasa aku memeriksa emel menggunakan telefon bimbit, terdetik dihati nak tengok sama ada blog sudah kembali pulih menggunakan Opera Mobile dan aku dapati sudah ok. Malangnya, bila aku cuba akses kembali menggunakan komputer ternyata masih gagal.

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera.

Ada beberapa masalah dalam dua bulan kebelakangan ini berkaitan RSS feed (suapan) Zaryl Dot Com. Feedburner sudah beberapa kali gagal menyempurnakan feed kerana jumlah saiz feed melebihi 512K.

Aku juga adalah pengguna perkhidmatan CommentLuv sebagai salah satu cara untuk mempromosikan artikel di blog ini bila aku memberi komen di blog yang lain. Malangnya bila RSS feed aku melebihi hadnya, CommentLuv yang turut menggunakan suapan tersebut bagi menjana artikel terkini akan juga gagal berfungsi.

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera…

Apa cerita?

Malaysia adalah negara ke 6 dalam ranking bilangan pengguna twitter di Asia iaitu lebih kurang 497,165 pengguna berdasarkan kajian yang dilakukan oleh GreyReview bertarikh 20 April 2010 yang lalu. Aku adalah salah seorang dari pengguna Twitter tegar di Malaysia.

Sebelum ini (kadang-kadang kini*) aku gunakan khidmat GladlyCast untuk update status twitter jika berjauhan dari komputer. Terima kasih kepada Khairul dari Sembang Komputer kerana memperkenalkan aku kepada GladlyCast.


Bila sudah lama menggunakan GladlyCast, aku tercari-cari aplikasi yang sesuai aku gunakan untuk mengikuti perkembangan status twitter rakan-rakan terutama bila tidak berada di hadapan komputer. Sebagai makluman, aku memiliki sebuah telefon bimbit HTC Touch Diamond 2 iaitu sejenis telefon yang menggunakan Windows Mobile sebagai OS atau Operating  System.

Ada beberapa aplikasi yang aku muaturun dari FreewarePocketPC untuk tujuan tersebut tapi semuanya gagal memenuhi kehendak aku, sehinggalah aku menggunakan Azurea baru-baru ini.

Read the rest of this entry »