Alhamdulillah. Siap lagi satu tema WordPress yang aku beri nama Humble. Sebenarnya aku pun kering idea pasal nama, hanya itu saja yang terkeluar dalam fikiran ketika itu, jadi apa salahnya. Lagipun aku tau dengan pengalaman aku yang cetek dalam penggunaan CSS dan PHP berbanding otai-otai macam Bat, Flisterz, NH dan ramai lagi pereka web tempatan, apa sangatlah tema yang aku buat ni. Jadi aku namakan tema ini sesuai dengan kerendahan ilmu aku
Buat masa ini, aku masih belum bersedia untuk melepaskan tema ini kepada umum. Ini kerana masih ada sedikit lubang-lubang kelemahan yang perlu aku baiki. Itu yang mana aku perasanlah. Mana-mana kelemahan tersembunyi aku tunggu maklumbalas dari pengguna atau sebarang teguran dari otai-otai semua nanti (klau korang baca le) huhu…
Sudah setakat ini dulu. Aku dah mengantuk. Assalamualaikum, selamat malam…


Street Fighter – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Memang Tak Makan Saman
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?