Salam sejahtera…

Apa cerita?

Malaysia adalah negara ke 6 dalam ranking bilangan pengguna twitter di Asia iaitu lebih kurang 497,165 pengguna berdasarkan kajian yang dilakukan oleh GreyReview bertarikh 20 April 2010 yang lalu. Aku adalah salah seorang dari pengguna Twitter tegar di Malaysia.

Sebelum ini (kadang-kadang kini*) aku gunakan khidmat GladlyCast untuk update status twitter jika berjauhan dari komputer. Terima kasih kepada Khairul dari Sembang Komputer kerana memperkenalkan aku kepada GladlyCast.


Bila sudah lama menggunakan GladlyCast, aku tercari-cari aplikasi yang sesuai aku gunakan untuk mengikuti perkembangan status twitter rakan-rakan terutama bila tidak berada di hadapan komputer. Sebagai makluman, aku memiliki sebuah telefon bimbit HTC Touch Diamond 2 iaitu sejenis telefon yang menggunakan Windows Mobile sebagai OS atau Operating  System.

Ada beberapa aplikasi yang aku muaturun dari FreewarePocketPC untuk tujuan tersebut tapi semuanya gagal memenuhi kehendak aku, sehinggalah aku menggunakan Azurea baru-baru ini.

Read the rest of this entry »

WordPress Plugin Review: Download Monitor

Posted June 3rd, 2010. Filed under Plugins Wordpress

Salam sejahtera.

Katakanlah aku mempunyai sebuah blog yang memuatkan pelbagai jenis lagu resepi masakan dalam format pdf. Sesiapa juga boleh memuaturun lagu-lagu resepi-resepi masakan tersebut secara percuma. Masalahnya resepi tersebut berterabur, tidak tersusun dan aku ingin menghadkannya kepada pengguna berdaftar sahaja… maknanya siapa yang jadi ahli blog aku baru boleh muaturun resepi-resepi masakan yang sedap tu hehe

WordPress Download Monitor 3

Terdapat beberapa plugin yang bagus tapi tidak memenuhi kriteria. Kalau ada pun plugin tersebut perlu dibayar. Yang percuma dan memenuhi kehendak adalah WordPress Download Monitor.

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera…

Okey. Sejujurnya aku katakan aku tak layan sangat rancangan-rancangan hiburan kat television. Apatah lagi rancangan hiburan berbentuk ‘realiti tv’ seperti Akademi Fantasia, OIAM, dan lain-lain termasuklah rancangan Mentor di tv3 yang dah masuk musim ke 4 sedang berlangsung sekarang ni.

Aku hanya tengok tv bila ada filem atau siri drama tertentu ditayangkan atau layan DVD dan BD yang aku beli. Bukan aku benci, cuma tak minat. :)

OPTIONAL ADS LINK

Tapi seperti biasa, topik hangat dikalangan insan sekeliling aku yang paling hot tentulah pasal rancangan tv.. hehe jadi secara tak langsung aku dapat satu atau dua input atau maklumat pasalnya.

Rancangan Mentor musim ke 4 di TV3

Read the rest of this entry »

Tema Reflections Khas Untuk Blog

Posted April 25th, 2010. Filed under Themes

Salam semua…

Entri ringkas seringkas-ringkasnya kali ni. Cuma nak memperkenalkan tema terbaru, sambungan dari pelancaran tema yang lepas iaitu Reflections:Photoblog kali ni disusun semula menjadi seperti kebiasaan.

ReflectionsBlog's screenshot

Masih mengekalkan ciri-ciri istimewa seperti Reflections Photoblog iaitu kemudahan untuk pembaca atau yang empunya blog sendiri untuk menyebarkan artikel ke laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook, Technorati dan Stumbleupon di bahagian akhir artikel cuma kali ini layout berubah dengan Widgetize Sidebar dan Menu termasuk Searchbar di bahagian atas sekali.

Tak puas tengok? Lihat demo atau jika berkenan sila muaturun. Seperti biasa, percuma sahaja. Terima kasih.