Amaran: Entri kali ni banyak gila screenshot. Aku nak rebiu benda baik tapi malas sikit nak menaip hehe.. maafkan saye maafkan saye..
Sebelum diterangkan lebih lanjut sila jawab soalan-soalan di bawah (jawab dalam hati pun tak salah.. hehe):
- Anda berkeinginan untuk berkongsi pengalaman atau sekadar foto keluarga secara online?
- Anda pernah terfikir untuk memiliki blog sendiri tapi tak mempunyai kemahiran?
- Anda seorang blogger yang sekejap rajin kemaskini blog sekejap malas tahap gaban?
- Masa anda amat berharga untuk dihabiskan di depan komputer semata-mata?
Sehingga kini, WordPress bagi aku adalah platform terbaik untuk berblog. Aku pernah gunakan Blogger dan aku juga pernah mencuba Joomla, Tumblr dan satu atau dua lagi blogging platform tetapi aku akhirnya memilih WordPress sebagai pengantara aku dengan korang semua. Tempat untuk aku berkongsi foto, artwork dan tema WordPress, suka duka hidup aku ataupun sekadar merepek semata-mata.
Tetapi aku tahu ada dikalangan kita yang gemar habiskan masa online. Sama ada membaca blog kawan-kawan, bagi komen sikit kadang-kadang, upload gambar kat Flickr, berkicau sana-sini guna Twitter dan paling tidak pun layan game kat Facebook. Tapi dah alang kepalang tu kenapa tak memiliki blog sendiri? Antara alasan paling popular adalah tak ada masa (layan Facebook buleh pulak ~ haha) dan tak tahu macam mana nak buat dari A sampai Z…
Apa kata korang kalau aku bagitahu satu platform yang sangat sesuai untuk korang? Yang penting korang ada emel dan tahu menggunakannya, itu je. Yang takdak emel lagi tu boleh la kalau nak mula sekarang.
Apa itu Posterous?
Read the rest of this entry »