Assalamualaikum.
Semenjak beberapa hari lalu dengan secara tiba-tiba blog ni dan juga beberapa lagi blog yang aku selenggara tidak dapat di akses menggunakan pelayar Firefox dan juga Google Chrome. Malah turut gagal untuk akses melalui ftp (Filezilla).
Aku anggap sekali lagi penyedia hosting iaitu Cubiex mengalami gangguan bilamana lamanweb syarikat tersebut juga gagal diakses (menggunakan Firefox) termasuk blog-blog yang berkongsi hosting yang sama seperti blog Saudara Anarm.
Kemudian semasa aku memeriksa emel menggunakan telefon bimbit, terdetik dihati nak tengok sama ada blog sudah kembali pulih menggunakan Opera Mobile dan aku dapati sudah ok. Malangnya, bila aku cuba akses kembali menggunakan komputer ternyata masih gagal.
Read the rest of this entry »


