Salam sejahtera…
Apa cerita?
Malaysia adalah negara ke 6 dalam ranking bilangan pengguna twitter di Asia iaitu lebih kurang 497,165 pengguna berdasarkan kajian yang dilakukan oleh GreyReview bertarikh 20 April 2010 yang lalu. Aku adalah salah seorang dari pengguna Twitter tegar di Malaysia.
Sebelum ini (kadang-kadang kini*) aku gunakan khidmat GladlyCast untuk update status twitter jika berjauhan dari komputer. Terima kasih kepada Khairul dari Sembang Komputer kerana memperkenalkan aku kepada GladlyCast.
Bila sudah lama menggunakan GladlyCast, aku tercari-cari aplikasi yang sesuai aku gunakan untuk mengikuti perkembangan status twitter rakan-rakan terutama bila tidak berada di hadapan komputer. Sebagai makluman, aku memiliki sebuah telefon bimbit HTC Touch Diamond 2 iaitu sejenis telefon yang menggunakan Windows Mobile sebagai OS atau Operating System.
Ada beberapa aplikasi yang aku muaturun dari FreewarePocketPC untuk tujuan tersebut tapi semuanya gagal memenuhi kehendak aku, sehinggalah aku menggunakan Azurea baru-baru ini.
Read the rest of this entry »



