Salam sejahtera.
Sebagai pendahuluan, perlu aku bagitau kepada para pembaca, pengundi, blogger yang sudah otai mahupun yang masih baru menggunakan WordPress sebagai pelantar blog bahawa apa yang ingin aku sampaikan mungkin pernah dibaca dan digunapakai di blog-blog lain sama ada berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan mungkin Tamil dan sebagainya.
Aku mungkin akan ada menceduk atau mendapatkan maklumat tambahan tetapi bukan secara meniru bulat-bulat dan yang seumpamanya. Anggaplah siri tutorial ini sebagai ilmu yang boleh dibuat rujukan di kemudian hari.
Mari mencipta satu watak untuk memudahkan pemahaman. Tak perlu? Alaa… apa salahnya
Wataknya aku bagi nama sebagai Ayen ok? haha.
Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? Ayen perlu membeli nama domain dan sebuah hosting.


