Zarif Ikhwan bersama ibunya...
Image by zaryl via Flickr

Salam sejahtera.

Apa yang aku tulis ni mungkin terlalu emosi untuk dibaca dan dibuat rujukan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang membaca, berhati-hatilah apabila mencari pengasuh atau penjaga bayi.

Di zaman ini, terutama ibu dan bapa yang bekerja di bandar amat sukar jika hendak mencari pengasuh anak. Beruntung jika majikan menyediakan kemudahan taska kepada pekerja mereka. Jika tidak, ibu bapa perlu mengambil inisiatif mencari sendiri pengasuh.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kes-kes yang melibatkan pengasuh seperti kematian, penderaan dan sebagainya. Memang itu yang selalu dijadikan tajuk berita sama ada di television, radio dan surat khabar.

Apa yang ramai tidak sedar di sebalik ancaman yang tergolong dalam kategori jenayah,  ibu dan bapa yang sedang dan ingin mencari pengasuh bayi juga perlu berhati-hati dengan pengasuh yang tamak, tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati.



Apa yang perlu diberi perhatian jika ingin menghantar anak ke pengasuh ialah:

Read the rest of this entry »

Kita Mampu Merancang, Allah Jua Yang Menentukan…

Posted February 19th, 2010. Filed under Off-beat

Keluarga aku dalam proses menambah ahli. Berita yang memeranjatkan seterusnya menimbulkan 1001 macam perasaan bercampur baur pada mulanya akan tetapi di akhirnya lahir perasaan penuh kesyukuran kepada yang Ilahi kerana memberi rezeki yang tak putus-putus kepada kami sekeluarga, alhamdulillah…

imej ultrasound bayi dalam kandungan 6 bulan

Read the rest of this entry »

Karmon Versi Photo Folio

Posted February 9th, 2010. Filed under Themes Wordpress

Salam sejahtera.

Bukan topik semasa atau sebarang ketidakpuasan hati yang nak aku nyatakan di sini. Cuma ingin memperkenalkan sebuah lagi tema baru (belum siap sepenuhnya). Aku akan sampaikan seringkas yang mungkin eh..

Oleh kerana aku masih gunakan identiti yang sama seperti tema Karmon (yang sedang digunakan sekarang) cuma berbeza layout, lebih sesuai untuk blog foto jadi aku namakan Karmon Photofolio. Tak sedap nama tu? Apa la ada pada nama beb :razz: hehe

Read the rest of this entry »

Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Posted January 22nd, 2010. Filed under Off-beat
4294195905 15cffe9d4c Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Lokasi; Hospital Pulau Pinang, originally uploaded by zaryl.

Lepas melawat beberapa tempat projek, aku dan rakan sekerja datang ke hospital untuk menziarahi rakan yang dikhabarkan jatuh sakit sejak beberapa hari lalu.

Jenuh jugak mencari jalan ke sini tadi. 2 tahun aku tinggal di Pulau Pinang tapi itu 10 tahun dululah. Aku pun dah lupa keadaan di sini.. Lagipun banyak yang dah berubah :razz:

Tak sabar nak balik jumpa anak dan isteri malam ni. Rindu tak tertahan lagi.. ;) hehe

Ps: aku ada belikan kereta kawalan jauh untuk anak aku Ikhwan, tapi umur tak sampai lagi setahun. Pendek kata aku la tukang main nanti.. Ekekeke

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Haha. Amacam tajuk? Memang lakonan semata-mata. Padahal sebab dah lama tak dikemaskini dah tu tak ada pulak idea yang bernas lagi kreatif untuk dijadikan bahan. huhu

ikhwan Entri Ringkas Sempena Hari Ahad Yang Santai

Oleh sebab itu, kali ni aku tayangkan je gambar anak lelaki aku masa mandi manda kat sungai belakang rumah bapak mentua aku kat Manong, Perak. Suka bukan main Zarif Ikhwan hari tu. Nasib baik sungai tempat kitaorang mandi tu tak ada lintah :mrgreen:

ps: entri ni boleh gak ditujukan secara tak langsung pada AzmanIshak. hehe. biar bertambah perasaan tak sabar tu :lol: jangan marah ye Man..

Page 1 of 212