Memang Tak Makan Saman

Posted July 26th, 2010. Filed under Off-beat

Asalamualaikum.

Entri pendek.

Aku tengah demam tahap kritikal. Dapat MC 2 hari petang tadi bila jumpa doktor. Suhu badan paling tinggi mencecah 39.8°C tapi brmain-main sekitar 38°C hingga 39.1°C ketika ini. Lusa kalau tak kebah juga demam, doktor suruh buat ujian darah. Ada kes denggi kat kawasan aku baru-baru ni. Jangan la aku pun terkena :(

Memang tak makan saman. Demam pun nak keluar entri baru. Berbanyak terima kasih buat Aziey, isteri tersayang yang tahan kerenah. Aku jarang sekali demam. Tapi sekali demam memang teruk dan perangai pun boleh tahan manja.

Adios.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Siapa dalam dunia ni tak bercinta? Bukan cinta monyet sebab kalau cinta monyet, budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta.

Cinta yang aku maksudkan ialah cinta yang memerlukan komitmen yang tinggi dari sang pencinta. Cinta yang memerlukan pengorbanan diri dari pelbagai sudut. Cinta yang belum pasti memberi pulangan yang membahagiakan. Sudah dapat agak cinta yang mana?

Apa pasal aku bercerita tentang cinta pula kali ni?

Cinta adalah salah satu kemestian dalam hidup. Ya, aku pernah bercinta. Aku pernah mengharapkan cinta. Pernah mencintai tanpa balasan dan pernah bercinta dalam halangan. Rasanya tak perlu aku dedahkan satu persatu kisah-kisah di sebaliknya. Imaginasi mungkin diperlukan.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum, salam sejahtera.

@zarylnaxrie twitter statusAku ada kemaskini status di twitter beberapa kali tentang hal ni sebagai satu keluhan dan juga secara tidak langsung untuk menerima maklumbalas dari rakan-rakan. Alhamdulillah, akaun twitter aku dihubungkan terus dengan Facebook jadi status aku tersebut ada mendapat sedikit pandangan dari beberapa rakan di sana.

Aku sedang dalam dilema semenjak beberapa hari lepas apabila abang aku menghantar satu SMS meminta pertolongan untuk menjadi sebagai penjamin untuk  beliau memohon pinjaman dari bank bagi membeli sebuah kereta.

Jadi apa masalahnya?

Bukan aku nak buka pekung atau menjaja cerita kurang elok, cuma setiap satu masalah itu ada permulaan penyebabnya. Ini salah satu daripadanya. Suatu masa dulu, terus terang aku ceritakan bahawa beliau sedikit mewah antara kami 5 bersaudara. Dengan kerja yang menghasilkan pendapatan lumayan berkat kegigihan beliau dan rezeki dari Allah, duit tidak pernah putus.

Read the rest of this entry »

Zarif Ikhwan bersama ibunya...
Image by zaryl via Flickr

Salam sejahtera.

Apa yang aku tulis ni mungkin terlalu emosi untuk dibaca dan dibuat rujukan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang membaca, berhati-hatilah apabila mencari pengasuh atau penjaga bayi.

Di zaman ini, terutama ibu dan bapa yang bekerja di bandar amat sukar jika hendak mencari pengasuh anak. Beruntung jika majikan menyediakan kemudahan taska kepada pekerja mereka. Jika tidak, ibu bapa perlu mengambil inisiatif mencari sendiri pengasuh.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kes-kes yang melibatkan pengasuh seperti kematian, penderaan dan sebagainya. Memang itu yang selalu dijadikan tajuk berita sama ada di television, radio dan surat khabar.

Apa yang ramai tidak sedar di sebalik ancaman yang tergolong dalam kategori jenayah,  ibu dan bapa yang sedang dan ingin mencari pengasuh bayi juga perlu berhati-hati dengan pengasuh yang tamak, tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati.



Apa yang perlu diberi perhatian jika ingin menghantar anak ke pengasuh ialah:

Read the rest of this entry »

Santai Ahad: Teka Teki Tekuk

Posted May 30th, 2010. Filed under Off-beat

Salam pembaca budiman :mrgreen:

Untuk bacaan santai di petang Ahad yang cerah dan nyaman ni… jom sama-sama jawab sedikit soalan teka teki ringkas nak?

  1. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
  2. Lembu apa yang orang cari?
  3. Kulum-kulum, tegak masuk lubang… apa itu?
  4. Ayam berkokok, harimau…?
  5. Banyak-banyak binatang, binatang apa kaki di atas kepala?
  6. Semakin kita tengok semakin jauh…
  7. Bila ingat dia tak ikut, bila lupa dia ikut…

OPTIONAL ADS LINK

Soalan bonus. Teka yang mana satu aku dalam gambar sekitar tahun 1995 di bawah :twisted:

Read the rest of this entry »

Page 1 of 3123