Assalamualaikum, salam sejahtera.

@zarylnaxrie twitter statusAku ada kemaskini status di twitter beberapa kali tentang hal ni sebagai satu keluhan dan juga secara tidak langsung untuk menerima maklumbalas dari rakan-rakan. Alhamdulillah, akaun twitter aku dihubungkan terus dengan Facebook jadi status aku tersebut ada mendapat sedikit pandangan dari beberapa rakan di sana.

Aku sedang dalam dilema semenjak beberapa hari lepas apabila abang aku menghantar satu SMS meminta pertolongan untuk menjadi sebagai penjamin untuk  beliau memohon pinjaman dari bank bagi membeli sebuah kereta.

Jadi apa masalahnya?

Bukan aku nak buka pekung atau menjaja cerita kurang elok, cuma setiap satu masalah itu ada permulaan penyebabnya. Ini salah satu daripadanya. Suatu masa dulu, terus terang aku ceritakan bahawa beliau sedikit mewah antara kami 5 bersaudara. Dengan kerja yang menghasilkan pendapatan lumayan berkat kegigihan beliau dan rezeki dari Allah, duit tidak pernah putus.

Read the rest of this entry »

Zarif Ikhwan bersama ibunya...
Image by zaryl via Flickr

Salam sejahtera.

Apa yang aku tulis ni mungkin terlalu emosi untuk dibaca dan dibuat rujukan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang membaca, berhati-hatilah apabila mencari pengasuh atau penjaga bayi.

Di zaman ini, terutama ibu dan bapa yang bekerja di bandar amat sukar jika hendak mencari pengasuh anak. Beruntung jika majikan menyediakan kemudahan taska kepada pekerja mereka. Jika tidak, ibu bapa perlu mengambil inisiatif mencari sendiri pengasuh.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kes-kes yang melibatkan pengasuh seperti kematian, penderaan dan sebagainya. Memang itu yang selalu dijadikan tajuk berita sama ada di television, radio dan surat khabar.

Apa yang ramai tidak sedar di sebalik ancaman yang tergolong dalam kategori jenayah,  ibu dan bapa yang sedang dan ingin mencari pengasuh bayi juga perlu berhati-hati dengan pengasuh yang tamak, tidak bertimbang rasa dan menyakitkan hati.



Apa yang perlu diberi perhatian jika ingin menghantar anak ke pengasuh ialah:

Read the rest of this entry »

Santai Ahad: Teka Teki Tekuk

Posted May 30th, 2010. Filed under Off-beat

Salam pembaca budiman :mrgreen:

Untuk bacaan santai di petang Ahad yang cerah dan nyaman ni… jom sama-sama jawab sedikit soalan teka teki ringkas nak?

  1. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
  2. Lembu apa yang orang cari?
  3. Kulum-kulum, tegak masuk lubang… apa itu?
  4. Ayam berkokok, harimau…?
  5. Banyak-banyak binatang, binatang apa kaki di atas kepala?
  6. Semakin kita tengok semakin jauh…
  7. Bila ingat dia tak ikut, bila lupa dia ikut…

OPTIONAL ADS LINK

Soalan bonus. Teka yang mana satu aku dalam gambar sekitar tahun 1995 di bawah :twisted:

Read the rest of this entry »

Tron Legacy (2010) Movie Review

Posted April 18th, 2010. Filed under Films & Photography

Seperti biasa hari Ahad biasanya tiada sebarang aktiviti ‘melampau’ kecuali tidur seharian jika blogger bujang atau berjalan-jalan bersama-sama keluarga bagi yang dah berumahtangga.

Kali ni nak buat entri ringkas berkenaan filem Tron Legacy a.k.a. Tron 2.0, sambungan kepada filem Tron yang dibikin pada tahun 1982 arahan Steven Lisberger berkisar tentang hero iaitu lakonan Jeff Bridges sebagai Kevin Flynn seorang jurutera perisian berbakat besar di ENCOM, sebuah syarikat perisian dan permainan video.

Nak dijadikan cerita, Kevin telah berjaya mencipta sejenis permainan yang unik tetapi kemudiannya dikhianati oleh Ed Dilinger, seorang pengaturcara yang tamak. Ed telah mencuri ciptaan Kevin dan mengistiharkan dia sendiri sebagai pencipta permainan video tersebut.

Untuk mencari keadilan, Kevin cuba menggodam sistem ENCOM dan mencari bukti kejahatan Ed tapi tidak berjaya. Langkah terakhir, Kevin memasuki makmal ENCOM untuk mengorek bukti yang ada. Malangnya di dalam makmal tersebut terdapat sejenis alat yang dibangunkan khas untuk mendigitalkan sebarang objek nyata ke dalam komputer telah digunakan terhadap Kevin lalu bermulalah pengembaraan Kevin di alam digital yakni komputer.

tron1 776x1024 Tron Legacy (2010) Movie Review

Tron (1982) Movie Poster

Read the rest of this entry »