Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Boleh dikatakan setiap blogger yang aku kenali mempunyai satu halaman khas di blog masing-masing untuk meletakkan senarai pautan ke blog rakan-rakan sebagai tanda menghargai penglibatan masing-masing. Ini adalah salah satu tanda blogger Malaysia rata-rata berbudi bahasa dan tahu mengenang budi. ;)

Malangnya, bila pergaulan sosial dalam talian kita berkembang seiring dengan masa, seringkali senarai pautan tersebut diabaikan dengan tidak dikemaskini. Mungkin dengan kekangan masa atau apa saja sebabnya, hanya tuan empunya blog saja yang mengetahui.


Untuk memudahkan kita menguruskan semua pautan, ada terdapat sebuah plugin WordPress percuma diberi nama Link Library.

Read the rest of this entry »

Mungkinkah ada dikalangan begitu ramai pengguna WordPress (self-hosted) terutamanya di Malaysia yang tidak pernah menyedari dan tidak betul-betul pasti bahawa terdapat satu senarai lengkap beberapa plugin yang disarankan untuk kemudahan blog owner?

Senarai tersebut sudah siap diletakkan di bahagian admin secara default tanpa perlu mencari di plugin directory seperti yang biasa dilakukan.

Read the rest of this entry »

Salam 1 Malaysia…

Ogos ini lebih tepat lagi 5 Ogos 2010 bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon akan berlangsung sebuah konserto gitarisĀ  lagenda yang dahulunya bersama kumpulan Guns N’ Roses iaitu Saudara Slash :mrgreen:

slash Konsert Slash Di Kuala Lumpur, Dapatkan Tiket Sekarang!Abang-abang yang membesar sekitar 80an – 90an paling tidak pun mesti pernah mendengar petikan gitar solo Saudara Slash kita ni bila kumpulan beliau mendendangkan lagu-lagu hebat seperti November Rain, Sweet Child O’ Mine, Don’t Cry, Welcome To The Jungle dan banyak lagi melalui radio ataupun kaset masa tu… nostalgia

Walaupun aku mengenali Guns N’ Roses sudah agak sedikit lewat (walaupun lahir awal 80an, aku masih muda ye .. haha) lagu-lagu Guns N’ Roses memang antara lagu-lagu yang aku minati. Terima kasih kepada abang aku sendiri, akibat tumpang melayan lagu-lagu seperti ini pengaruh ‘rock kapak’ masih sebati dalam diri sampai sekarang. Hip hop? Terima kasihlah ye… hehe



Berbalik kepada konsert Slash di Kuala Lumpur nanti, selain beliau ada beberapa lagi nama-nama besar dalam muzik yang akan turut memeriahkan seperti Kid Rock, Dave Grohl dan Ozzy Osbourne yang ntah apa-apa ntah tu.. haha

Read the rest of this entry »

Berikutan artikel sebelum ini bertajuk Cari Jodoh Projek Fotografi: Model dikehendaki, alhamdulillah sambutannya amat memberansangkan. Walaupun takdelah sampai beratus-ratus permohonan, jumlah permohonan begitu banyak sehinggakan ramai yang terpaksa kami ‘simpan’ untuk projek-projek lain yang akan datang.

nicole 1 Projek Fotografi: Pencarian Model Dihentikan Sementara

Read the rest of this entry »