Lupakan Lanun Dapatkan Yang Tulen

Posted March 7th, 2010. Filed under Campaign

Salam sejahtera.

Minggu lepas aku ‘dikejutkan’ dengan kesilapan teknikal mengemaskini Windows 7 versi lanun di komputer aku. Sepertimana reaksi normal seorang pengguna produk yang dilanunkan, aku sepantas lanun juga mencari jalan untuk menulenkan Windows 7 yang sedang aku gunakan tanpa sebarang rasa penyesalan.

Dapatkan Windows 7 yang tulen bang..

Pelbagai jenis perisian dan patch yang aku muaturun dan aplikasikan namun semuanya gagal. Cara bijak (sinis tetapi berbudi bicara) Microsoft memaklumkan kepada pengguna lanun yakni aku, supaya menggunakan Windows 7 yang tulen adalah dengan menetapkan satu tempoh (amaran diberi untuk backup semua fail) pada mulanya 7 hari bekerja yang tentunya tidak aku peduli…

Read the rest of this entry »

Salam sejahtera.

Sebagai pendahuluan, perlu aku bagitau kepada para pembaca, pengundi, blogger yang sudah otai mahupun yang masih baru menggunakan WordPress sebagai pelantar blog bahawa apa yang ingin aku sampaikan mungkin pernah dibaca dan digunapakai di blog-blog lain sama ada berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan mungkin Tamil dan sebagainya.

Aku mungkin akan ada menceduk atau mendapatkan maklumat tambahan tetapi bukan secara meniru bulat-bulat dan yang seumpamanya. Anggaplah siri tutorial ini sebagai ilmu yang boleh dibuat rujukan di kemudian hari.

Mari mencipta satu watak untuk memudahkan pemahaman. Tak perlu? Alaa… apa salahnya ;-) Wataknya aku bagi nama sebagai Ayen ok? haha.

Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? Ayen perlu membeli nama domain dan sebuah hosting.

Read the rest of this entry »

Raindrops Dan Kontra Kini Ke Udara

Posted August 27th, 2009. Filed under Themes Wordpress

Satu entri pendek memandangkan Zarif Ikhwan mula mengamuk di ruang tamu. Kesian Aziey yang melayannya seorang diri

Untuk makluman, aku baru membuka halaman baru iaitu di bahagian menu yang tertulis Download WordPress Theme dan Graphics nun di atas sana. Buat masa ini, hanya 2 tema wordpress yang sempat aku kongsikan iaitu Raindrops dan Kontra. Selain itu ada juga ruang untuk aku berkongsi wallpaper yang menarik malangnya masih belum sempat aku upload.

Read the rest of this entry »

Ramadhan Dan Lagi Projek Menyusul

Posted August 24th, 2009. Filed under Wordpress

Buat rakan-rakan seagama, selamat berpuasa. Tak perlu rasanya untuk menerangkan apa kelebihan bulan ini lagipula untuk mengajar tentang hukumnya. Semua aku anggap sudah baligh dan tahu membezakan baik dan buruk tindakan masing-masing. Nak tahu pasal jadual berbuka puasa dan doa selepas berbuka sila ke blog Topo. Nak wallpaper atau grafik berkaitan puasa (dari kartunis Ubi) sila ke blog Chokilalala. Maaf, aku tak dapat menyiarkan artikel berkaitan puasa kerana semua idea dah diambil mereka :mrgreen:

raindrop screenshot Ramadhan Dan Lagi Projek Menyusul

Read the rest of this entry »

WordPress Theme Development Tools

Posted August 17th, 2009. Filed under Tools And Designs Wordpress

Aku masih mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah penyesuaian tema WordPress yang aku siapkan dengan pelayar Internet Explorer (IE). Setakat ini, tiada masalah dengan pelayar utama lain seperti Firefox, Chrome dan Opera.

Bukan cuma tema Humble saja yang pening aku cari jalan untuk selesaikan, malah tema yang sedang aku gunakan ini juga ada masalah sendiri. Entah kenapa grafik yang aku gunakan sebagai latar tidak keluar bila menggunakan IE padahal tema lain yang aku siapkan ok je. Sehingga aku jumpa tips dan idea yang membuahkan hasil aku memohon maaf kepada pengguna IE sekalian. Lebih baik lagi, bertukarlah ke pelayar lain yang lebih mantap, hebat dan yang menitikberatkan bukan saja pengguna tetapi golongan web developers untuk kenikmatan berganda.  :wink:

themeshaper WordPress Theme Development Tools

Read the rest of this entry »

Page 2 of 3123