Duit terhad Tapi Beli Susu Bayi Yang Mahal?

Posted August 26th, 2010. Filed under Off-beat

Kenapa beli susu bayi yang mahal kalau sumber kewangan terhad?

Satu persoalan yang mudah dan jawapan yang juga mudah sebenarnya jika ada pengalaman atau pengetahuan mengenainya.

Jawapan paling ringkas (kepada yang kurang ambil tahu) Bayi ada sifat memilih. Kadang-kadang susu juga boleh menyebabkan alahan.

Pengalaman aku sebagai ayah, terpaksa cari pelbagai jenis susu sama ada murah atau mahal yang paling sesuai dengan anak. Bernasib baik, anak aku sesuai dengan jenama susu yang berharga sederhana.

ps:ayat sedikit kelam kelibut tapi harap dapat menjawab persoalan :P

Web: http://pixeltrigger.com
Blog: http://zaryl.com
LiveBlog: http://zariel.net

Assalamualikum, salam sejahtera.

Tajuk ntah apa-apa la kan? :mrgreen: Al kisahnya beberapa minggu yang lalu salah seorang anggota Pixel Trigger (macam kumpulan muzik pulak haha) ke sebuah pasaraya bersama-sama keluarganya untuk membeli belah.

Sebelum masuk ke pasaraya tersebut, beliau melalui sebuah booth menjual perkakas dapur. Si jurujual menghulurkan sekeping pamphlet berkaitan produk yang dijual. Setelah diamati, alangkah terkejut apabila beliau melihat muka depan pamphlet tersebut sambil tersenyum… :lol: kenapa pulak tersenyum?

phamplet jualan perkakasan dapur guna gambar yang dicuri

Read the rest of this entry »

Alhamdulillah, petang ini aku dan keluarga, adik serta kakak dapat berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa.

Semasa mak masih ada, kami yang merantau di Kuala Lumpur akan pulang ke kampung setiap kali tiba bulan puasa untuk bersama-sama berbuka tapi sudah 3 kali ramadhan semenjak mak dipanggil menghadap Ilahi, kami hanya berbuka bersama-sama antara kami… Serinya semakin hilang.

* Juadah kali ni macam untuk 10 orang makan, harapnya mampu dihabiskan, kalau tak simpan untuk sahur ;)

Web: pixeltrigger.com
Blog: zaryl.com
Liveblog: zariel.net

Berikutan artikel sebelum ini bertajuk Cari Jodoh Projek Fotografi: Model dikehendaki, alhamdulillah sambutannya amat memberansangkan. Walaupun takdelah sampai beratus-ratus permohonan, jumlah permohonan begitu banyak sehinggakan ramai yang terpaksa kami ‘simpan’ untuk projek-projek lain yang akan datang.

nicole 1 Projek Fotografi: Pencarian Model Dihentikan Sementara

Read the rest of this entry »