Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Posted January 22nd, 2010. Filed under Off-beat
4294195905 15cffe9d4c Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Lokasi; Hospital Pulau Pinang, originally uploaded by zaryl.

Lepas melawat beberapa tempat projek, aku dan rakan sekerja datang ke hospital untuk menziarahi rakan yang dikhabarkan jatuh sakit sejak beberapa hari lalu.

Jenuh jugak mencari jalan ke sini tadi. 2 tahun aku tinggal di Pulau Pinang tapi itu 10 tahun dululah. Aku pun dah lupa keadaan di sini.. Lagipun banyak yang dah berubah :razz:

Tak sabar nak balik jumpa anak dan isteri malam ni. Rindu tak tertahan lagi.. ;) hehe

Ps: aku ada belikan kereta kawalan jauh untuk anak aku Ikhwan, tapi umur tak sampai lagi setahun. Pendek kata aku la tukang main nanti.. Ekekeke

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Nostalgia, Angan-angan & Kelangsungan Hidup

Posted December 6th, 2009. Filed under Off-beat

Kad undangan raja sehari, semoga bahagia ke akhir hayat...

Kalau dulu ketika masih muda remaja; belum menganggap diri tua walaupun kini tidak setua pakcik dan makcik sekalian.

Di zaman persekolahan rendah, menengah terutamanya, aku dan rakan-rakan yang rapat di sekeliling punya banyak persamaan biar ada juga sedikit berbeda. Mungkin juga pakcik dan makcik semua juga begitu. Sikap dan perangai yang adakalanya mendapat pujian sekampung adakalanya tak  senonoh langsung, kegiatan seharian berkumpul, mandi sungai, main ‘parit gila’, panjat pokok sana dan sini, berbasikal berbatu-batu hanya untuk lupa tentang sebab kenapa berbuat sebegitu kemudiannya, beramai-ramai serbu kedai ‘auntie’ main PS, melepak di rumah rakan-rakan main buat bising main gitar  cabuk dan macam-macam lagi. Niat hati hendak bercerita lebih panjang. Bila memikirkan pakcik dan juga makcik sekalian pun perangai macam tu jugak jadi sendiri harap kenang-kenangkanlah kisah silam masing-masing ye.

Read the rest of this entry »

Gathering & Elegant – The Differences

Posted August 29th, 2009. Filed under Themes Wordpress

Salam semua.

Hari ini hari Sabtu, 29 Ogos 2009 Masihi bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah. Bagi kebanyakan rakan-rakan blogger yang aku kenal mungkin di saat aku menulis artikel ini, sedang dalam perjalanan ke majlis perjumpaan/berbuka puasa yang dianjurkan oleh Saudara Eddie dari Noktah Hitam. Eddie sebagai yang empunya Negaraku.net pernah menganjurkan acara yang sama tahun lepas. Tapi kali ini aku dapat rasakan kemeriahannya… huhu

Aku pula terperuk dalam bilik bacaan mengadap komputer. Aku dan Aziey sepakat tidak menghadiri gathering tersebut kerana beberapa masalah peribadi yang tak dapat dielakkan. Dengar macam alasan je kan? hehe

Read the rest of this entry »

Page 2 of 212