Salam semua.
Hari ini hari Sabtu, 29 Ogos 2009 Masihi bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah. Bagi kebanyakan rakan-rakan blogger yang aku kenal mungkin di saat aku menulis artikel ini, sedang dalam perjalanan ke majlis perjumpaan/berbuka puasa yang dianjurkan oleh Saudara Eddie dari Noktah Hitam. Eddie sebagai yang empunya Negaraku.net pernah menganjurkan acara yang sama tahun lepas. Tapi kali ini aku dapat rasakan kemeriahannya… huhu
Aku pula terperuk dalam bilik bacaan mengadap komputer. Aku dan Aziey sepakat tidak menghadiri gathering tersebut kerana beberapa masalah peribadi yang tak dapat dielakkan. Dengar macam alasan je kan? hehe
Read the rest of this entry »