Raindrops Dan Kontra Kini Ke Udara

Posted August 27th, 2009. Filed under Themes Wordpress

Satu entri pendek memandangkan Zarif Ikhwan mula mengamuk di ruang tamu. Kesian Aziey yang melayannya seorang diri

Untuk makluman, aku baru membuka halaman baru iaitu di bahagian menu yang tertulis Download WordPress Theme dan Graphics nun di atas sana. Buat masa ini, hanya 2 tema wordpress yang sempat aku kongsikan iaitu Raindrops dan Kontra. Selain itu ada juga ruang untuk aku berkongsi wallpaper yang menarik malangnya masih belum sempat aku upload.

Read the rest of this entry »

Ramadhan Dan Lagi Projek Menyusul

Posted August 24th, 2009. Filed under Wordpress

Buat rakan-rakan seagama, selamat berpuasa. Tak perlu rasanya untuk menerangkan apa kelebihan bulan ini lagipula untuk mengajar tentang hukumnya. Semua aku anggap sudah baligh dan tahu membezakan baik dan buruk tindakan masing-masing. Nak tahu pasal jadual berbuka puasa dan doa selepas berbuka sila ke blog Topo. Nak wallpaper atau grafik berkaitan puasa (dari kartunis Ubi) sila ke blog Chokilalala. Maaf, aku tak dapat menyiarkan artikel berkaitan puasa kerana semua idea dah diambil mereka :mrgreen:

raindrop screenshot Ramadhan Dan Lagi Projek Menyusul

Read the rest of this entry »

humble-screenshot

Alhamdulillah. Siap lagi satu tema WordPress yang aku beri nama Humble. Sebenarnya aku pun kering idea pasal nama,  hanya itu saja yang terkeluar dalam fikiran ketika itu, jadi apa salahnya. Lagipun aku tau dengan pengalaman aku yang cetek dalam penggunaan CSS dan PHP berbanding otai-otai macam Bat, Flisterz, NH dan ramai lagi pereka web tempatan, apa sangatlah tema yang aku buat ni. Jadi aku namakan tema ini sesuai dengan kerendahan ilmu aku ;)

Buat masa ini, aku masih belum bersedia untuk melepaskan tema ini kepada umum. Ini kerana masih ada sedikit lubang-lubang kelemahan yang perlu aku baiki. Itu yang mana aku perasanlah. Mana-mana kelemahan tersembunyi aku tunggu maklumbalas dari pengguna atau sebarang teguran dari otai-otai semua nanti (klau korang baca le) huhu…

Sudah setakat ini dulu. Aku dah mengantuk. Assalamualaikum, selamat malam…

WordPress Theme – Pixeltrigger

Posted July 2nd, 2009. Filed under Themes Wordpress

pixeltrigger wordpress theme

As seen on my Flickr. Any comments or suggestions, please tell me.

Page 2 of 212