Berikutan artikel sebelum ini bertajuk Cari Jodoh Projek Fotografi: Model dikehendaki, alhamdulillah sambutannya amat memberansangkan. Walaupun takdelah sampai beratus-ratus permohonan, jumlah permohonan begitu banyak sehinggakan ramai yang terpaksa kami ‘simpan’ untuk projek-projek lain yang akan datang.
Salam sejahtera.
Rasa-rasanya faham tak tajuk tu? Aku kalau boleh nak tajuk yang padat dan ringkas. Takpelah. Kalau tak faham teruskan membaca ye…
Bagi seorang blogger, kita tentunya inginkan setiap artikel kita mendapat perhatian ramai biarpun kadang-kadang tak bagus sangat. Tapi kita hanya penulis, biarkan keputusan terletak pada pembaca untuk menilai artikel mana yang bagus dan mana yang sebaliknya. Kalau bagus, bagaimana kita hendak pastikan artikel kita itu terus mendapat perhatian ramai? Dalam hal ini lebih baik juga kita serahkan kepada pembaca untuk melakukannya.

Selalunya blogger yang menggunakan WordPress berbayar memasang plugin khusus untuk tujuan itu. Banyak plugin yang baik dan sesuai untuk digunakan seperti Sociable, AddToAny dan ShareThis. Tetapi penggunaan plugin yang banyak akan menjejaskan prestasi blog kita secara keseluruhan dan masa untuk loading juga akan bertambah. Bagaimana jalan penyelesaiannya?
Read the rest of this entry »
Salam sejahtera
Cukuplah beberapa artikel yang serius sebelum ini. Aku pun dah naik cuak bila teringat kemungkinan-kemungkinannya.. huhu.. Terus kepada topik kali ini tentang bagaimana untuk menggunakan halaman 404 sebaik mungkin. Tapi sebelum itu…

Berapa ramai blogger-blogger di Malaysia yang tidak tahu apa itu kod 404? Kalau ada angkat tangan hehe.. Sila rujuk artikel dari Smashing Magazine untuk maklumat lanjut.
Tahukah bahawa halaman 404 juga memainkan peranan penting dalam teknik SEO? Tak tahu sila rujuk Wiki tentang SEO.
Salam sejahtera.
Bukan topik semasa atau sebarang ketidakpuasan hati yang nak aku nyatakan di sini. Cuma ingin memperkenalkan sebuah lagi tema baru (belum siap sepenuhnya). Aku akan sampaikan seringkas yang mungkin eh..
Oleh kerana aku masih gunakan identiti yang sama seperti tema Karmon (yang sedang digunakan sekarang) cuma berbeza layout, lebih sesuai untuk blog foto jadi aku namakan Karmon Photofolio. Tak sedap nama tu? Apa la ada pada nama beb Read the rest of this entry »
hehe
