Mayat Berjalan Pulang?

Posted May 5th, 2010. Filed under Off-beat

Salam sejahtera.

Nak percaya ke tak nak? Terpulang. Aku dapat melalui emel beberapa hari yang lalu jadi aku kongsikan dengan korang.

Di Kampung Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yang luar biasa di mana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku di sebuah daerah pedalaman Indonesia yang berbukit bukau. Jika ada kematian di Kampung Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai di rumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.

Read the rest of this entry »

Tema Reflections Khas Untuk Blog

Posted April 25th, 2010. Filed under Themes

Salam semua…

Entri ringkas seringkas-ringkasnya kali ni. Cuma nak memperkenalkan tema terbaru, sambungan dari pelancaran tema yang lepas iaitu Reflections:Photoblog kali ni disusun semula menjadi seperti kebiasaan.

ReflectionsBlog's screenshot

Masih mengekalkan ciri-ciri istimewa seperti Reflections Photoblog iaitu kemudahan untuk pembaca atau yang empunya blog sendiri untuk menyebarkan artikel ke laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook, Technorati dan Stumbleupon di bahagian akhir artikel cuma kali ini layout berubah dengan Widgetize Sidebar dan Menu termasuk Searchbar di bahagian atas sekali.

Tak puas tengok? Lihat demo atau jika berkenan sila muaturun. Seperti biasa, percuma sahaja. Terima kasih.

Reflections WordPress Theme. Photos Of You Life

Posted April 15th, 2010. Filed under Themes

screenshot1 Reflections WordPress Theme. Photos Of You LifeAku berbangga.. ~cheeewah! hehe untuk memperkenalkan satu lagi keluaran Zaryl Dot Com iaitu sebuah  tema WordPress yang diberi nama Reflections. Ini berikutan ‘dendam’ ketidakpuasan hati mengenangkan tema yang dilancarkan tempohari di bawah standard yang aku tetapkan.. :mrgreen: untuk melepaskan geram aku godam seketul lagi supaya aku dapat tido malam dengan nyenyak haha

Tema kali ni lebih sesuai untuk pengguna memaparkan koleksi gambar-gambar untuk dipertontonkan kepada khalayak umum sama ada untuk galeri atau liveblog. Tema yang mudah digunakan, ringkas dan sedikit ciri-ciri elegan ~hehe dengan beberapa keistimewaan seperti berikut:

Read the rest of this entry »

Gurih. Tema Ringkas, Mudah Dan Sedikit Kasar

Posted April 13th, 2010. Filed under Themes

screenshot Gurih. Tema Ringkas, Mudah Dan Sedikit Kasar

Kenapa aku beri nama Gurih? Sebab disaat memikirkan nama untuk tema ni aku terpandang kotak rokok Gudang Garam di depan aku. Kena dengan tema, rokok ni pun ringkas, mudah dan sedikit kasar buatannya. hehe…

Tema ini aku katakan kasar kerana antara kekangan masa dan minat, aku ‘siapkan’ tema ini dengan kelengkapan paling asas. Memang banyak yang boleh dibetulkan tapi aku sudah pening.

Tema yang ringkas mempunyai 3 warna sahaja iaitu hitam kelabu dan putih. pembahagian kolum hanya oleh garisan kelabu. Itu sahaja. Bagi sesiapa yang berminat dan mempunyai kepakaran kebolehan asas mengubahsuai kod CSS dan PHP silalah lebamkan tema ini sesuka hati.

Sila lihat prebiu demo atau muaturun tema ini.

Salam sejahtera

Cukuplah beberapa artikel yang serius sebelum ini. Aku pun dah naik cuak bila teringat kemungkinan-kemungkinannya.. huhu.. Terus kepada topik kali ini tentang bagaimana  untuk menggunakan halaman 404 sebaik mungkin. Tapi sebelum itu…

404 error page

Berapa ramai blogger-blogger di Malaysia yang tidak tahu apa itu kod 404? Kalau ada angkat tangan hehe.. Sila rujuk artikel dari Smashing Magazine untuk maklumat lanjut.

Tahukah bahawa halaman 404 juga memainkan peranan penting dalam teknik SEO? Tak tahu sila rujuk Wiki tentang SEO.

Read the rest of this entry »

Page 1 of 3123