Karmon Versi Photo Folio

Posted February 9th, 2010. Filed under Themes Wordpress

Salam sejahtera.

Bukan topik semasa atau sebarang ketidakpuasan hati yang nak aku nyatakan di sini. Cuma ingin memperkenalkan sebuah lagi tema baru (belum siap sepenuhnya). Aku akan sampaikan seringkas yang mungkin eh..

Oleh kerana aku masih gunakan identiti yang sama seperti tema Karmon (yang sedang digunakan sekarang) cuma berbeza layout, lebih sesuai untuk blog foto jadi aku namakan Karmon Photofolio. Tak sedap nama tu? Apa la ada pada nama beb :razz: hehe

Read the rest of this entry »

Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Posted January 22nd, 2010. Filed under Off-beat
4294195905 15cffe9d4c Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Lokasi; Hospital Pulau Pinang, originally uploaded by zaryl.

Lepas melawat beberapa tempat projek, aku dan rakan sekerja datang ke hospital untuk menziarahi rakan yang dikhabarkan jatuh sakit sejak beberapa hari lalu.

Jenuh jugak mencari jalan ke sini tadi. 2 tahun aku tinggal di Pulau Pinang tapi itu 10 tahun dululah. Aku pun dah lupa keadaan di sini.. Lagipun banyak yang dah berubah :razz:

Tak sabar nak balik jumpa anak dan isteri malam ni. Rindu tak tertahan lagi.. ;) hehe

Ps: aku ada belikan kereta kawalan jauh untuk anak aku Ikhwan, tapi umur tak sampai lagi setahun. Pendek kata aku la tukang main nanti.. Ekekeke

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Pulang ke pangkal jalan…

Posted January 20th, 2010. Filed under Off-beat
4289528885 13e4db1c30 Pulang ke pangkal jalan...

Pulang ke pangkal jalan…, originally uploaded by zaryl.

Aku tengah bertugas ni. Dari bukit kayu hitam aku gerak ke padang besar. Sekarang lajak ke kangar. Rasa rindu lak lama tak balik kampung.. Hehe

Ps: rindu kat anak dan isteri pun ada nih. Padahal baru 3 je.. Haha.. Nak kata apa, jarang berenggang katakan hehe ~ngada-ngada~

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Rehat sebentar di RnR Tapah..

Posted January 18th, 2010. Filed under Off-beat
4284945922 f5b842d639 Rehat sebentar di RnR Tapah..

Rehat sebentar di RnR Tapah.., originally uploaded by zaryl.

Agak ramai orang kat RnR Tapah ni. Mungkin sebab hujan lebat gila. Nak drive pun kurang selamat.

Jam 6.30 tadi dari bandar Kelang, jam 8.05 mlm sudah di Tapah kira ok la kan. Lepas ni tukar driver lak kot. Penat mata drive waktu mlm…

Ps: nasib baik Cafe World aku ada org tolong jaga, kalau tak habis basi makanan.. hehe

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Sesi Pengambaran Di Putrajaya

Posted January 17th, 2010. Filed under Films And Photography

Salam semua.

Memandangkan hari ni hari Ahad yang aku tahu kebanyakkan masing-masing dari kamu sudah ada perancangan untuk bersiar-siar, membeli belah atau apa saja selain dari mengadap monitor komputer macam manusia yang tak berkehidupan :lol: apa la aku merepek ni weh.. hehe

Jadi untuk entri kali ni, yang ringan-ringan je aku sembahkan pada kamu ;-)

Awal pagi tadi aku dan seorang rakan keluar ke Putrajaya untuk sesi pengambaran ‘suke suki’. Alhamdulillah seperti sudah dirancang sebelum ini, ada seorang wanita yang sudi menjadi model dalam sesi kali ni. Untuk tidak dipanjangkan lagi celoteh, kamu tatap je 2 keping gambar yang aku dah upload nih. Jangan lupa untuk memberi komen jika ada yang tersirat di hati, mana tahu ingin turut menjadi model sambilan tak bergaji :mrgreen:

Read the rest of this entry »

Page 2 of 3123