Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Posted January 22nd, 2010. Filed under Off-beat
4294195905 15cffe9d4c Lokasi; Hospital Pulau Pinang

Lokasi; Hospital Pulau Pinang, originally uploaded by zaryl.

Lepas melawat beberapa tempat projek, aku dan rakan sekerja datang ke hospital untuk menziarahi rakan yang dikhabarkan jatuh sakit sejak beberapa hari lalu.

Jenuh jugak mencari jalan ke sini tadi. 2 tahun aku tinggal di Pulau Pinang tapi itu 10 tahun dululah. Aku pun dah lupa keadaan di sini.. Lagipun banyak yang dah berubah :razz:

Tak sabar nak balik jumpa anak dan isteri malam ni. Rindu tak tertahan lagi.. ;) hehe

Ps: aku ada belikan kereta kawalan jauh untuk anak aku Ikhwan, tapi umur tak sampai lagi setahun. Pendek kata aku la tukang main nanti.. Ekekeke

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Pulang ke pangkal jalan…

Posted January 20th, 2010. Filed under Off-beat
4289528885 13e4db1c30 Pulang ke pangkal jalan...

Pulang ke pangkal jalan…, originally uploaded by zaryl.

Aku tengah bertugas ni. Dari bukit kayu hitam aku gerak ke padang besar. Sekarang lajak ke kangar. Rasa rindu lak lama tak balik kampung.. Hehe

Ps: rindu kat anak dan isteri pun ada nih. Padahal baru 3 je.. Haha.. Nak kata apa, jarang berenggang katakan hehe ~ngada-ngada~

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Rehat sebentar di RnR Tapah..

Posted January 18th, 2010. Filed under Off-beat
4284945922 f5b842d639 Rehat sebentar di RnR Tapah..

Rehat sebentar di RnR Tapah.., originally uploaded by zaryl.

Agak ramai orang kat RnR Tapah ni. Mungkin sebab hujan lebat gila. Nak drive pun kurang selamat.

Jam 6.30 tadi dari bandar Kelang, jam 8.05 mlm sudah di Tapah kira ok la kan. Lepas ni tukar driver lak kot. Penat mata drive waktu mlm…

Ps: nasib baik Cafe World aku ada org tolong jaga, kalau tak habis basi makanan.. hehe

Sent from my HTC
Web: pixeltrigger.com

Ketahui Backlinks Blog Anda

Posted January 15th, 2010. Filed under Tools And Designs

Salam pagi Jumaat buat semua yang mungkin sedang tido. hehe… Aku masih di pejabat menyiapkan tugasan. Dan aku tak dapat nak lelapkan mata jadi aku karang entri baru.

Kamu sudah tentu tahu apa itu backlink kan? Pada yang belum tahu atau sekadar nak berlakon buat-buat tak tahu, backlink adalah pautan blog/web kamu yang terdapat di blog/web orang lain.

Read the rest of this entry »

Salam semua,

Bertemu lagi kita di ruangan soal jawab tentang langkah-langkah menggunakan WordPress. Dalam siri yang lalu, peserta tunggal kita iaitu Saudara Ayen telah mendapat jawapan yang dia inginkan tentang ‘apa itu domain dan hosting‘ iaitu langkah pertama untuk menggunakan WordPress yang diidam-idamkannya.

Beberapa hari yang lalu Ayen telah pun berjaya membelanjakan RM15.00 untuk akaun hosting. Ayen dapat 1024MB ruangan dan 20GB bandwith. Juga domain yang bernilai RM35.00 sahaja dari SepakuHosting. Jumlah semua sekali hanya RM50.00 sahaja untuk tempoh setahun. Murah? mestilah… (Ayen jual aiskrim batang buatan sendiri berperisa asam boi untuk belanja beli domain dan hosting tau. :smile: Jangan jeles hehe)

Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel untuk me woop woopp! trivia dulu ye..

Read the rest of this entry »

Page 2 of 3123