10

Tolong! Sedikit Maklumbalas Untuk Masa Depan

Posted May 28th, 2010. Filed under Off-beat

Salam sejahtera..

Sedikit pertolongan kepada sesiapa yang sudi memberikan maklumbalas berkenaan blog ini.

Tolong, maklumbalas anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Rasanya ramai yang tidak tahu bahawa aku ada melancarkan beberapa tema WordPress secara percuma sebelum ini. Tema-tema tersebut dibangunkan bila ada masa kelapangan. Walaupun mungkin jauh dari tahap profesional dan banyak pula kecacatan tapi aku harap dengan latihan dan tunjuk ajar secara langsung atau tidak dari rakan-rakan dan melalui online tutorial, aku cuba memajukan diri. Bila sudah minat.. ;)

Secara tidak langsung sebelum ini ada beberapa komen dari rakan-rakan mengenai tema yang aku persembahkan. Kali ini cuma inginkan maklumbalas secara rasmi. Kalaupun ada yang pertama kali sampai ke sini, aku harap juga untuk memberikan respon korang ye. Soalan tidak begitu terperinci jadi aku harap tidak timbul sebarang kesulitan.

Apakah warna tema yang menjadi pilihan anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Sebagai tambahan, untuk memperbaiki blog ini dari segenap faktor yang mungkin aku mohon jasa baik untuk turut memberikan maklumbalas sewajarnya dengan soalan di bawah. Keikhlasan amatlah aku hargai walau apa sekalipun jawapannya. ;)

Berapa markah boleh diberikan untuk blog ini mengambil kira semua faktor yang boleh?

View Results

Loading ... Loading ...

Terima kasih kerana meluangkan masa. :)

Related Posts with Thumbnails
Sukakan artikel ini? Tolong hebahkan ke serata alam... :) Terima kasih.

10 Responses so far

  1. zik zikrihusaini.com says:

    dah vote… hehe…
    zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! My ComLuv Profile

  2. Iza azilas.blogspot.com says:

    Salam….
    Awat gelap sangat? sakit mata ceq….Dulu iza dah pernah guna template hitam tp ramai yg x suka.

  3. Amir ohmalaysia.com says:

    dah vote. tahniah sbb design sendiri theme. aku x reti langsung. haha.
    Amir´s last blog ..Isu Kasut Crocs Ada Kalimah Allah: Satu Kebetulan? My ComLuv Profile

  4. Iza azilas.blogspot.com says:

    Wahh….dah tukar…..
    Ni baru cantik……

  5. Kreuger azmanishak.com says:

    macam ni bro.. bila tanye aku pasal blog ni. aku lebih fokus kepada sesi merojak blog. dari pemerhatian aku blog ni boleh maju cume beberapa perkara kene ubah sikit. (cakap macam orang pandai pulak yeee)

    1. Skill menulis hang dah best… cume aku masih rasa hang macam nak bercerita… tapi banyak yang naka berahsia… cuba ketepikan border tu. Asingkan mana perkara rahsia da perkara umum.

    2. Meriahkan blog ni. Aku lagi suke blog yang ade border. sebab dapat pemisah antara sidebar, post entri dan komen.

    3. Warna dah terang dan simple style look adalah pilihan pembaca untuk catatan santai.

    4. Pendek kata… cuba jadikan blog ni macam blog kak azie di blog spot dulu… ade jer mende nak berceloteh. aku suke blog tu walaupon dah lame tak masuk. cume subscribe dalam feed. tapi macam kekadang dah tak gerak feednya.. hehehe

    5. Catat apa saja walaupon ringkas tapi bermakna. Tak perlu nak susahkan kepala susun ayat. sebab ni blog peribadi. apa rasa nak kongsi bersama, terus jer taip.

    6. Dari segi luangkan masa, aku rasa hang macam banyak masa sebab siap boleh buat themes sendiri. Niche untuk menarik pembaca dah ada, tapi kalau dok cerita pasal themes, susah jugak. Orang bukan nak beli baju baru setiap hari. Kalau ade musim perayaan ok lah.

    7. Selalu bertweet la bro… stalker tweet kawan kawan. dengan cara ni boleh generate direct traccif ke blog hang. hang kurang sangat bertweet. memang aku tau hang ni banyak komitmen. tapi kalau nak maju tu banyak cara kan…

    8. Erk… blanjer aku kamera dSLR… hahahah WTFFFFF…. saje nyakat. hang suke berfoto. Niche ke2 blog ni. Apa salah kalau gambar tu sumbat kat blog. Tak semua orang suke baca text panjang panjang. ada jugak orang suke layan gambar.

    9. Apa kata buat info sikit pasal kamera. TIPS dan sebagainya. Teknik fotografi. Selagi ianya tak mengganggu rahsia periuk nasi. kongsi je. Dalam dunia internet ni semua orang mampu maju. Yang bezakan antara rajin dengan malas. So sapa rajin dia akan dapat lebih.

    10. Dah bebel panjang neh… apa lagi… mulakan sekarang. hahahaha dah 10 tips aku bagi. terima kasih sebab sediakan ruang komen yang besar.
    Kreuger´s last blog ..Dosa Kamalia – Kita mencemuh orang yang sudah berubah. My ComLuv Profile

    • zaryl says:

      bro…
      terima kasih bebanyak atas komen, cadangan dan huraian ko. memang aku tunggu2. terbukti ko syg kat aku :lol: brrrr… haha

      nasihat ko insyaAllah aku ikut perlahan-lahan mana yg boleh. mungkin nnt aku akn cuba contact ko utk minta nasihat lebih lanjut. harap ko tak charge utk khidmat nasihat ko lak haha gurau je..

      komen yg jujur ikhlas dan telus. aku tabik ko bro ;-)

Leave a Comment





CommentLuv Enabled