25

Salam sejahtera.

Sebagai pendahuluan, perlu aku bagitau kepada para pembaca, pengundi, blogger yang sudah otai mahupun yang masih baru menggunakan WordPress sebagai pelantar blog bahawa apa yang ingin aku sampaikan mungkin pernah dibaca dan digunapakai di blog-blog lain sama ada berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan mungkin Tamil dan sebagainya.

Aku mungkin akan ada menceduk atau mendapatkan maklumat tambahan tetapi bukan secara meniru bulat-bulat dan yang seumpamanya. Anggaplah siri tutorial ini sebagai ilmu yang boleh dibuat rujukan di kemudian hari.

Mari mencipta satu watak untuk memudahkan pemahaman. Tak perlu? Alaa… apa salahnya ;-) Wataknya aku bagi nama sebagai Ayen ok? haha.

Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? Ayen perlu membeli nama domain dan sebuah hosting.

Apakah itu Domain? Domain adalah nama yang boleh dipilih seelok-eloknya seringkas mungkin (lebih menarik dan mudah diingati) sebagai nama sesebuah blog atau lamanweb. Lebih penting lagi, nama domain harus dipilih sebaik mungkin kerana apabila sudah didaftarkan, tidak boleh lagi ditukar selain terpaksa membeli nama domain yang lain. Contoh: zaryl.com / zariel.net / enciksepul.com dan lain-lain.. hehe

Apakah itu Hosting? Hosting adalah sebuah akaun untuk menyimpan segala macam mak nenek fail, gambar dan data-data blog atau lamanweb. Anggap je hosting macam rumah banglo 2 tingkat semi-D. Nama domain lak macam nama banglo kamu tu contohnya Villa Anggerik ke Pondok Usang ke… :idea:

Jadi Ayen dah faham apa itu domain dan hosting. Sebelum ni dia cuma ikut orang lain je.huhu. tapi duit dah ada standby ni. Kat mana Ayen nak dapatkan domain dan hosting? Bagus soalan Ayen tu.

Banyak jugak sebenarnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan domain dan hosting ni. Dari luar negara dan juga syarikat tempatan. Ada yang mahal ada yang murah. Pelbagai pakej disediakan. Kalau ditanya pada aku, buat masa ni penyedia hosting dan domain yang murah adalah SepakuHosting. Selain itu boleh cuba dari MyOnlineHoster kalau nak. Semua bergantung pada pilihan masing-masing err… pilihan Ayen. Selalunya domain dan hosting diperbaharui setiap 1 tahun sekali. Ada juga yang bagi pilihan kepada pelanggan untuk 2 tahun sekali.

Membangunkan lamanweb atau blog berbayar ni ada pahit dan manisnya. Sebelum apa-apa hal, lebih baik kita nasihatkan Ayen tentang kepahitannya. Manisnya sendiri rasa la. Kejadian yang selalu dialami blogger berbayar adalah apabila server hosting mengalami masalah. Paling tidak pun bagi pelanggan hosting yang mahal pun mesti ada sekali dalam karier berblogging, server bermasalah. Yang membezakan adalah lama atau tidak masalah tersebut dan bagaimana khidmat pelanggan syarikat tersebut menanganinya.

Adoi. Panjang betul ye entri aku kali ni. Bosan ke baca? Perlu aku ubah kepada cara yang lebih ringkas dan padat? Kalau ada cadangan sila bagitau aku. Mungkin untuk entri sambungan yang akan datang aku boleh gunakan. Sehingga itu, kita jumpa lagi di lain masa di waktu berbeza. Selamat beramal…

Related Posts with Thumbnails
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

25 Responses so far

  1. negaraku.net says:

    WordPress: Bahagian 1 – Apa itu domain dan hosting? | Zaryl Dot Com…

    Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? A…

  2. pligg.com says:

    WordPress: Bahagian 1 – Apa itu domain dan hosting? | Zaryl Dot Com…

    Ayen sudah lama inginkan sebuah blog yang menggunakan WordPress sebagai platform. Selama ini Ayen menggunakan Blogger tetapi terlalu ringkas dan Ayen sudah jemu dengannya. Ayen inginkan perubahan dan cabaran. Sebelum itu, apa yang perlu Ayen lakukan? A…

  3. hanc~No Gravatar says:

    SAlam bro~~ tak baca abis g.. sok hanc sabung baca, ngah kejewww~~ :( hanc perlu baca nie~~

  4. aidi-safuanNo Gravatar says:

    wow…nice info.thanx!!!click ur ads~

  5. mohdisaNo Gravatar says:

    wah, sudah ada tutorial lah kat sini. bro, wat la tutorial pasal rekabentuk theme plak. hehe

  6. KujieNo Gravatar says:

    Kak Jie pun rasa macam salah pilih domain, tapi tak boleh undur lagi

    dah ada domain , kena berusaha membina penjenamaan domain..

  7. megatNo Gravatar says:

    catatan cun! harap blogger yang baru nak berkemcimpung guna domain & host sendiri, boleh jadikan rujukan.

    bro, definisi tu boleh dpadatkan lagi skit, yalah kadang-kadang orang baru boleh jadi pening walhal kita dah gunakan ayat paling mudah (hu3).

    biasanya mereka yg selalu silap ni mereka yang telalu taksub dgn nama samaran yang ntah apa-apa.

    • zarylNo Gravatar says:

      thanks bro. harap-harapnya macam tulah.

      pasal definisi tu aku dah cuba huraikan sekemas dan seringkas mungkin. siap bagi contoh lagi. kalau tak faham jugak aku pun tak faham la :???: tapi takde hal. boleh tanya anytime.. haha

  8. KreugerNo Gravatar says:

    ade orang mase nak beli domain main taram jer. tak pikir dah. sebolehnya cube elakkan penomboran dalam pemilihan domain. sekiranya nickname kesayangan tak boleh dibeli (domain) cuba pula gunakan nama sendiri. aku rasa ianya ada value. mane lah tahu satu masa nanti nama kamu adalah namap perdana menteri dan sememangnya dia mahukan domain tersebut? seee??? berapa punye untung tuh bila calculate belanja yang dikeluarkan untuk domain tersebut + tempoh saraan domain dan jugak ranking domain dimata ALEXA dan GOOGLE. konfem bleh markup harga. hahaha~

    P/S: Wish satu hari nanti ade PM nama sama macam aku ataupon aku plak jadi PM. Sapa tahu sebab aku adalah GEN-Y (search Google: in Gen Y) hehehe~

    • zarylNo Gravatar says:

      yup. setuju. kalau guna domain free mcm blogger atau wordpress taruk la apa pun. kalau berbayar, kena fikir ke depan sikit ;-)

      domain zaryl dot com ok la kot. takde la panjang sangat. ringkas dan cun.. hahahaah :idea:

      ada kemungkinan perdana menteri nanti nama zaryl dak? :roll:

  9. mohdisaNo Gravatar says:

    okay, thanks bro. ada sedikit masalah bro. cam comment thread kan. aku nak pakai plugin punya. takmo pakai yg default. tp bila pakai plugin punya. reply komen nyer background warna kelabu. tak nampak tulisan. cam mana tu yerk?

  10. Lady NassNo Gravatar says:

    aku impress dengan blog ni sbb tulisan dia besar. sesuai utk aku yg rabun ni. anyway. thank u sepakuhosting. muehehe. tutorial yang bagus untuk newbie like me. :shock:

  11. Wan PerlisNo Gravatar says:

    baru ja beli domain dan hosting dr fivio.
    nak kena study pasal wordpress la pulak lepas ni
    Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? My ComLuv Profile

  12. [...] This post was mentioned on Twitter by zaryl. zaryl said: Arkib: WordPress: Bahagian 1 – Domain Dan Hosting http://is.gd/aW3g0 [...]

  13. [...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Arkib: WordPress: Bahagian 1 – Domain Dan Hosting http://is.gd/bBzwm #zaryldotcom [...]

Leave a Comment