20

Salam semua,

Bertemu lagi kita di ruangan soal jawab tentang langkah-langkah menggunakan WordPress. Dalam siri yang lalu, peserta tunggal kita iaitu Saudara Ayen telah mendapat jawapan yang dia inginkan tentang ‘apa itu domain dan hosting‘ iaitu langkah pertama untuk menggunakan WordPress yang diidam-idamkannya.

Beberapa hari yang lalu Ayen telah pun berjaya membelanjakan RM15.00 untuk akaun hosting. Ayen dapat 1024MB ruangan dan 20GB bandwith. Juga domain yang bernilai RM35.00 sahaja dari SepakuHosting. Jumlah semua sekali hanya RM50.00 sahaja untuk tempoh setahun. Murah? mestilah… (Ayen jual aiskrim batang buatan sendiri berperisa asam boi untuk belanja beli domain dan hosting tau. :smile: Jangan jeles hehe)

Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel untuk me woop woopp! trivia dulu ye..

Aplikasi cPanel adalah merupakan panel kawalan membolehkan anda mengubah konfigurasi hosting, email akaun, akaun FTP serta beberapa ciri-ciri yang lain mengikut penyedia domain dan hosting anda.

Anggap saja cPanel sebagai dashboard kereta. Dari tempat duduk kita boleh hidupkan enjin, tekan brek, tekan minyak, pasang penghawa dingin, buka radio, cas handphone, tengok halaju kereta takut kena saman dan macam-macam lagilah. Semuanya untuk menggerakkan sebuah kereta dan sebagainya. Macam tu jugak cPanel. nak buka akaun emel jenama sendiri pun boleh macam ensem@ayen.com atau posto@enciksepul.com

Ok, sambung balik. Untuk login ke cPanel Ayen boleh menggunakan pautan yang telah diberi melalui emel ataupun dari lamanweb syarikat penyedia domain dan hosting. Ayen, sila lihat gambar jika keliru ye. Yang dah tahu sila teruskan membaca. :???:

login cpanel melalui lamanweb syarikat pembekal

login cpanel melalui lamanweb syarikat pembekal

logincpanel melalui emel dari pembekal

logincpanel melalui emel dari pembekal

Bila dah login, akan keluar antaramuka seperti dalam gambarajah dibawah.

cpanelUI WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe

Scroll ke bawah sampai jumpa ruangan Software/Services seperti gambar di bawah.

Fantastico WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe

Klik pada perisian Fantastico De Luxe untuk install sama ada Joomla, Drupal dan sebagainya. Dalam kes ini, Ayen ingin menggunakan WordPress jadi yang lain boleh la diabaikan dulu ye. Tapi apa itu Fantastico?

Fantastico adalah kemudahan bagi para pengguna hosting untuk mengaplikasikan sebarang scripts yang disokong olehnya termasuk WordPress. Terdapat lebih kurang 52 scripts yang boleh digunakan terbahagi kepada kategori masing-masing. WordPress termasuk dalam kategori blog, selain kategori seperti CMS (content management system), E-Commerce, Classifieds dan lain-lain.

Dengan menggunakan Fantastico, semuanya menjadi ringkas dan mudah. Tak perlu bina database sendiri. Cuma masukkan data-data yang berkaitan. Untuk cara yang agak sukar tapi ada kelebihan tersendiri (pada yang sudah berpengalaman) sila rujuk tutorial Saudara MK dari SembangKomputer

Ok. Ayen dah pun berjaya install WordPress dengan menggunakan Fantastico. Secara rasminya Ayen sudahpun memiliki sebuah blog menggunakan WordPress berbayar. :grin:

wordpress dashboard WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe

Apa yang perlu Ayen lakukan kemudian adalah periksa sama ada WordPress telah benar-benar diinstall dengan menaip nama domain (URL) dengan menggunakan pelayar Firefox atau yang mana-mana modern browser yang lain. Dari situ Ayen boleh akses bahagian Admin blognya (lihat gambar di atas) untuk urusan seterusnya seperti menukar tema, install plugin dan lain-lain konfigurasi termasuk yang paling penting iaitu menulis artikel (akan diulas dan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian akan datang). :cool:

Buat masa ini, Ayen dapat tido lena sebab sudah ada domain, hosting, dan blog sendiri. Jadi sementara Ayen menunggu bahagian ke-3 siri ‘langkah-langkah menggunakan WordPress’ ini diterbitkan nanti, Ayen dah boleh berhenti jual aiskrim batang perisa asam boi. Yang mana masih berbaki dalam peti ais Ayen boleh habiskan sendiri sambil tengok bola ManU lawan Chelsea malam ni.. :idea:

*Ayen adalah watak rekaan. Begitu juga dgn sebarang senario yang aku timbulkan. Jangan pulak nanti tanya aku mana Ayen sebab nak beli aiskrim batang :mrgreen:

Related Posts with Thumbnails
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

20 Responses so far

  1. negaraku.net says:

    Langkah Menggunakan WordPress: Bahagian 2 – cPanel Dan Fantastico De Luxe | Zaryl Dot Com…

    Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel…

  2. pligg.com says:

    Langkah Menggunakan WordPress: Bahagian 2 – cPanel Dan Fantastico De Luxe | Zaryl Dot Com…

    Sekarang ni Ayen dah ada domain dan hosting untuk memulakan era baru beliau dalam arena blog. Lepas tu apa pulak Ayen kena buat? Permulaannya Ayen perlu login ke aplikasi cPanel…

  3. syinrayafaNo Gravatar says:

    haha…kisah ayen pun cerita…khas utk newbie…

  4. [...] This post was mentioned on Twitter by zaryl. zaryl said: Zaryl Dot Com WordPress: Bahagian 2 – cPanel dan Fantastico De Luxe http://is.gd/4Qav3 [...]

  5. topoNo Gravatar says:

    hohoh simple tapi kira ok la jugak.. :D kenapa ayen punya wordpress nama zaryl.com ek… hahahaha :?:

  6. mohdisaNo Gravatar says:

    haha, bagusnya cerita ni. dlu aku pun tak reti nak gunakan cPanel dan Fantastico ni, jenuh gak suh org mengajar dan Alhamdulillah aku telah berjaya menggunakannya dengan sukses sekali. hehe. apa url Ayien yerk? Siapakah Ayien yang sebenarnya? haha

  7. kamezaimNo Gravatar says:

    Uih,ayen tu laki ka pompuan? kuikui

  8. KreugerNo Gravatar says:

    bro.. amponkan aku untuk mencelah
    dan meng-off topic. aku nak tanye..
    mane pergi blog personnel hari tuh ye?
    dah tak bleh nak access ke?

  9. rohaizadNo Gravatar says:

    Nice entri Ayen. Sangat membantu mereka yang baru hendak belajar. Teruskan menulis ya!

  10. AnarmNo Gravatar says:

    bagus tutorial ni.. sgt2 mesra pengguna.. hehe

  11. mohdisaNo Gravatar says:

    wah, bz gila rakan aku sorang ni. takda entri baru ke bro? hehe

  12. menteilNo Gravatar says:

    biarlah ringkas janji ilmu ye tak?
    aku hargainya.. :lol:

  13. mbtNo Gravatar says:

    wow…. amazing information.. many thanks

Leave a Comment