Aku masih mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah penyesuaian tema WordPress yang aku siapkan dengan pelayar Internet Explorer (IE). Setakat ini, tiada masalah dengan pelayar utama lain seperti Firefox, Chrome dan Opera.
Bukan cuma tema Humble saja yang pening aku cari jalan untuk selesaikan, malah tema yang sedang aku gunakan ini juga ada masalah sendiri. Entah kenapa grafik yang aku gunakan sebagai latar tidak keluar bila menggunakan IE padahal tema lain yang aku siapkan ok je. Sehingga aku jumpa tips dan idea yang membuahkan hasil aku memohon maaf kepada pengguna IE sekalian. Lebih baik lagi, bertukarlah ke pelayar lain yang lebih mantap, hebat dan yang menitikberatkan bukan saja pengguna tetapi golongan web developers untuk kenikmatan berganda.
Cukuplah dengan bebelan itu, aku nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan tajuk di atas. Sesiapa yang berminat untuk cuba membina tema WordPress sendiri bolehlah ke ThemeShaper untuk selidik apa yang perlu untuk membina tema WordPress dari asas. Bila sudah faham konsep, lama kelamaan boleh hingga ke peringkat 12 petala langit tertinggi. Setakat ini yang aku tahu cuma Megat yang bertungkus lumus menyiapkan tema untuk blognya sendiri. Yang lain macamana, ada berani? hehe. Artikel tersebut juga ada direbiu (betul ke ayat tu?) oleh Weblog Tools Collections.
Subuh esok aku bertolak ke KLIA. Naik ‘belon’ ke Sabah. Lepas itu ke Sarawak dan kemudian ke Johor. Semua perjalanan dalam masa 4 hari sahaja. Semua atas urusan kerja. Balik KL kena ke pusat urut rehat sehari untuk kembali cergas. huhu. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai ye.








Street Fighter – Legacy, Ini Yang Ditunggu-tunggu
Memang Tak Makan Saman
Kata-kata Cinta Puitis Menggambarkan Kesedihan Untuk Meraih Simpati, Aku Sudah Jemu!
Telur Ayam Dibuat Melalui Proses Kimia
CommentLuv Tak Berfungsi Bila Komen?
WordPress Theme Development Tools | zaryl.com…
{image1_50x50} Sesiapa yang berminat untuk cuba membina tema WordPress sendiri bolehlah ke ThemeShaper untuk selidik apa yang perlu untuk membina tema WordPress dari asas. Artikel tersebut juga ada direbiu oleh Weblog Tools Collections….
aku rasa semua web dev punyai masalah yang sama. bezanya cuma aku yang tak tahu macam mana nak selesaikan. tapi kalau dilihat secara kasar ada juga yang tidak peduli akan hal cross-browser.
tapi untuk releasekan theme-theme wordpress khususnya, aku lebih suka kalau kesemuanya berfungsi termasuk cross-browser dan validation. baru lah rasa cam profesional he3.
ps – terima kasih atas backlinks
aku pn masih pening. tp aku harap sedikit demi sedikit aku dpt cari jalan selesai dan memahirkan diri. walaupun memakan masa yg lama.
test komen dari IE7
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by zariel: RT @zariel WordPress Theme Development Tools | zaryl.com http://retwt.me/EbJH...
[...] This post was mentioned on Twitter by zarylnaxrie. zarylnaxrie said: Arkib: WordPress Theme Development Tools http://is.gd/bydPB #zaryldotcom [...]
Arkib: WordPress Theme Development Tools http://is.gd/bydPB #zaryldotcom